28 March, 2007

Persijilan Halal?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:51 am by Ketua Perusuh

Isu halal dan haram makanan bukanlah satu isu yang boleh dipandang ringan oleh kita terutamanya yang mengamalkan agama Islam. Malah orang Yahudi Ortodok pun masih lagi “rigid” isu yang sama. Halal lagi bersih (Halalan Tayyiban) adalah satu keperluan yang dituntut.

Dulu heboh diseluruh Malaysia akan isu makanan yang dikhuatiri tidak halal akibat dari proses dan bahan yang digunakan tidak halal malah meragukan. Isu yang paling ketara sekali ialah isu sosej dan sembelihan ayam di pasaraya besar (hypermarket).

Pengendali persijilan halal sedia ada iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai kuasa untuk mengendalikan persijilan ini, namun yang menjadi masalah ialah bilamana JAKIM tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk membuat pemantauan dan penguatkuasaan. Malah pihak Jabatan Agama peringkat negeri pun tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk mengendalikan urusan ini.

Ianya menyebabkan terdapatnya isu logo halal yang palsu, sijil tamat tempoh, cuai dan sembelihan tidak mengikut syarak. Ada terdapat beberapa syarikat utama yang menyediakan khidmat restoran yang menggunakan persijilan halal mereka sendiri dengan disahkan oleh jawatankuasa penasihat syariah mereka. Sistem yang ada tidak seragam malah menyusahkan serta mengelirukan pengguna.

Pengguna agak susah untuk mendapatkan pengesahan halal sesuatu makanan atau barangan dipasaran. Talian “hotline” dan SMS tidak berupaya malah pincang daripada menyediakan penyelesaian.

Kini ada pula ura-ura untuk memindahkan tanggungjawab persijilan halal kepada pihak ketiga. Dikhuatiri pihak ketiga ini pun akan menghadapi masalah yang sama malah mungkin lebih teruk. Kita tunggu apa hasil daripada perpindahan ini.

Utusan Malaysia memetik “Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) tidak lama lagi akan mengemukakan satu kertas Kabinet untuk mengambil alih fungsi-fungsi pengesahan halal yang kini dikendalikan bersama oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jamil Bidin berkata, terdapat keperluan untuk mempercepatkan proses persijilan kepada enam bulan daripada sembilan bulan.”

Jangan biarkan isu halal menjadi mainan sehinggakan makanan kita tercemar dengan benda-benda yang haram.

8 Comments »

  1. The Sharpshooter said,

    Pegang/gosok bahu Michelle Yeoh kat Pulau Duyong tu halal ke beb?

    Itulah Dolah Bebal cakap berdengang: Islam Hadhari.

    Yang haram untuk orang tapi halal buat Bodowi.

    Bangsat!

    Kejap jadi imam kejap gosok bahu tunang orang!

    Bangsat!

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah berkata bahawa diakhir zaman nanti akan ada orang Islam pada pagi, Kafir pada tengahari, Islam kembali pada waktu petang dan Kafir pada waktu malam.

  3. art said,

    Betul tu weh…..pasal tu org cakap Islan ada had ada hari…kejap halal bagi golongan fanatik mereka dan haram bagi golongan yang suka menegur…Bagi diri teman, tetap dengan agama Islam yg asal yg dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W….tiada dlm AlQuran perkataan Islam itu ditambah Islam Hadhari. Satu dunia hanya menerima pakai perkataan Islam…ubahlah perkataan Islam Hadhari kerana ia boleh membawa kepada kesongsangan akidah…esok-esok dlm mycard tertulis : agama anda : pilih 1. Islam 2. Islam Hadhari 3. Lain-lain. Kenapakah kita terlalu jahil menilai mana satu Islam sebenar dengan Islam politik? Setakat ini ada rakan bukan Islam teman tanya…”lu sekarang agama Islam apa lo? Itu Hadali punya ke? Itu Islam lama punya? ” Malaikat pun hanya tanya dan nak dengar “Apa pegangan dan agama kamu? dlm kubur esok supaya kita hanya jawab ” AlQuran peganganku dan Islam agamaku”

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Memang benar seperti yang saudara/i katakan itu. Islam itu sudah lengkap dan tiada pertambahan atasnya lagi.

    Ingat, “Setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat” . Tambah pula Islam Hadhari sepatutnya diklasifikasikan sebagai Bid’ah Dholalah dan bukannya Bid’ah Hassanah.

  5. 9T9 said,

    Assalamualaikum Wbh,
    Sekadar memberi pandangan dan melahirkan sedikit kerisauan. Bila bab halal dan haram yang menjadi keperihatinan ummah ini dikomersilkan akhirnya. (ada pulak yang buat untung dengan mengeluar sijil halal)

    Untuk pengetahuan semua, dan mungkin semua juga dah tahu yang M’sian Annual World Halal Forum itu chairman’nya ialah En Khairy Jamaluddin. Satu nama yang cukup besar dalam bab makanan halal dan haram di dalam negara ini sekarang.

    Mungkin juga anda kini tahu siapalah disebalik idea yang cukup menguntungkan ini bukan.

    Wassalam.

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Memang benar KJ adalag pengerusinya dan seperti yang dijangkakan oleh semua “Pastinya ada udang disebalik batu”.

  7. art said,

    Itulah dunia akhir zaman apabila adanya mereka yang bukan ulama atau org yang amal salih mengambil alih untuk berkata atas pentas agama. Maka sebab itu kita sekarang menghadapi pelbagai masalah moral yang cukup menakutkan apabila pemimpin bertopengkan keislaman yang dikatakan cukup alim mentadbir. Tidakkah kita sedar bahawa agama kita sedang dikomersilkan dimalaysia spt agama kristian. Lagu-lagu memuji Allah dan Nabi Muhammad S.A.W pun dirockkan atau ditrashkan, org yang pada asalnya cukup baik menjadi bilal atau imam dinaikkan taraf jadi penyanyi yg kononnya popular dan dilacurkan untuk hiburan yg melekakan, rancangan ntah heboh sana-sini berentap dgn masjid/surau disekelilingnya dari pagi hingga tengah malam, rancangan agama tinggal 5-6 jam shj seminggu dlm tv dari rancangan sundal/lucah dr filem barat atau anak tempatan yg separuh bogel spt setan diats pentas dll. Saya bukanlah org PAS, [pun islam politik yg tenggelam timbul dlm isu Islam] tetapi saya takut jika terjebak…kerana saya hanya penganut Islam bawaan Nabi Muhammad S.A.W yg diperintahkan oleh Allah. Bukannya Islam saduran atau Islam kajian semula atau Islam yg dirangka semula…….

  8. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Sememangnya kita dituntut untuk melakukan perubahan. Namun biarlah perubahan tersebut selari dengan kehendak agama. Makin kita jauh dari agama, makin kita menghampiri kemungkaran. Berwaspadalah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: