27 March, 2007

Pekerja Separa Mahir?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:10 am by Ketua Perusuh

Mahukah mana-mana negara serantau (ASEAN) mengambil pekerja separuh mahir atau tidak mahir? Tentunya tidak. Ini kerana didalam negara mereka sendiri pun berlambak pekerja separuh mahir atau tidak mahir yang masih tidak mendapat pekerjaan atas kelembapan ekonomi serantau.

Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar mungkin tidak akan sama sekali mengambil pekerja separuh mahir atau tidak mahir dari negara kita Malaysia. Ini kerana dinegara mereka masih berlambak lagi tenaga buruh yang murah.

Mungkin Singapura dan Brunei akan mengambil pekerja kita. Tapi sebanyak mana? Satu ribu? Sepuluh ribu? Seratus ribu?. Mungkin kalau ambil pun sekadar dalam lingkungan kurang dari 10000 orang. Ini kerana ramai lagi dari negara serantau yang ingin mengambil peluang yang sama.

Tapi atas dasar ke”bangang”an yang sedia ada didalam kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co ini, ada terdengar saranan agar pekerja separuh mahir perlu mencuba nasib di negara lain. Apa kata kalau kita (rakyat Malaysia) menyuruh Abdullah Ahmad Badawi & Co pergi mencuba nasib bekerja di negara orang.

Semua sedia maklum bahawa tenaga kerja dari Malaysia agak mahal kosnya kerana kos sara hidup yang memang tinggi di Malaysia. Bayangkan jika mereka bekerja di Malaysia mendapat gaji sebanyak RM1500 sebulan? Tentunya nilai yang sama (setimpal) tidak mungkin dapat diberikan di negara seperti Myanmar, Thailand, Vietnam atau Indonesia.

Jadi bagaimana anda dapat bayangkan kata-kata yang dimuatkan didalam Utusan Malaysia yang menyebut “Galakan supaya siswazah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mendapatkan pekerjaan di negara lain cuma untuk sektor tertentu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Beliau berkata, galakan itu hanya melibatkan sektor separa mahir yang telah kukuh seperti perkhidmatan, pengangkutan, perladangan dan pembinaan.

Katanya, pekerja sektor kritikal seperti perubatan, geologi dan perundangan tidak digalakkan mencari kerja di negara lain kerana Malaysia masih kekurangan pekerja dalam bidang-bidang itu.

‘‘Lebih 300,000 rakyat Malaysia bekerja di luar negara pada masa ini. Walaupun siswazah sektor tertentu digalakkan bekerja di negara lain, kerajaan berharap mereka tidak akan menetap terus di sana,” kata Abdul Rahman kepada pemberita selepas melawat Kompleks Percetakan Sri Utusan di sini, hari ini.

Menurut beliau, dengan bekerja di luar negara, rakyat Malaysia boleh mendapat banyak pengalaman di samping membawa masuk mata wang asing ke Malaysia.”

Tentunya anda boleh menilai sendiri ke”bangang”an yang tercetus dari kata-kata seperti diatas.

4 Comments »

  1. anti perusuh said,

    mgkn sebab penulis marah kerana gaji penulis pon l/krg 1500 jgk kot

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i.

    Persoalan sama-ada saya bergaji besar atau kecil bukan satu isu disini. Apa yang mahu dipersoalkan adakah wajar pekerja asing diutamakan dalam mana-mana projek Kerajaan Malaysia.

    Jika kita membenarkan pekerja asing dibawa masuk tanpa had ke WPI, maka apa akan terjadi pada warga tempatan di Malaysia. Dimana pula mereka akan mendapat pekerjaan? Ingat peribahasa ini “Kera dihutan disusukan, Anak dirumah mati kelaparan”.

    Bila kita mendapat pendapatan atau gaji yang besar, jangan pula kita lupa pada yang berpendapatan atau gaji yang rendah. Ingat, nikmat Allah boleh Allah tarik bila-bila masa sahaja.

    Satu lagi, cuba fahami ayat Al Quran ini “Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan”.

  3. The Sharpshooter said,

    Sememangnya AAB terkenal:

    1. Bangang
    2. Keliru
    3. Tak konsisten
    4. Lost
    5. Tak punya jatidiri
    6. Cakap saja berdengung tapi tubuh penuh pekong!
    7. Kuat tidur (baca Syaer 17 Raja Ali Haji)
    8. Cakap berulang-ulang (selalu hilang konteks)
    9. Tak punya aura seorang pejuang bangsa (penjual bangsa adalah!)
    10 Bangsat!

    dan banyak lagi yang tak tersebut di sini

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Terlalu banyak yang boleh dipersoalkan mengenai Abdullah Ahmad Badawi. Rasanya sehingga tidak cukup semua ruang yang ada.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: