26 March, 2007

Aku Penganggur?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:50 am by Ketua Perusuh

Bila bercerita mengenai isu kerja kosong ini, teringat saya sewaktu dalam tahun 80’an dahulu. Dikala itu rata-rata pelajar kita mempunyai kelulusan peringkat HSC atau STPM. Ramai juga yang memohon kerja kosong di segala pelusuk negara melalui surat permohonan. Tapi ramai yang mendapat surat balasan yang rata-rata berbunyi “Didalam Perhatian Kami”.

Pertengahan tahun 80’an, Kerajaan Malaysia telah memulakan konsep Pengswastaan dan Perindustrian. Maka berbondong-bondonglah syarikat luar negara datang ke Malaysia dan membuka syarikat, kilang dan industri mereka disini. Ini semua kerana kempen yang dijalankan oleh Kerajaan serta kos buruh (pekerja) yang agak murah. Pelabur asing diingatkan agar menyediakan kuota pekerjaan sebanyak 90% untuk warga Malaysia.

Namun kini Kerajaan yang sama pula telah memulakan langkah kebelakang dengan membuka ruang agar syarikat asing boleh menggajikan 100% pekerja asing didalam organisasinya. Semua ini diterajui oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co. Permulaan projek ini dibuat di WPI atau SJER. Malah tiada sekatan dikenakan jika pelabur asing ingin membawa masuk pekerja dari negara Israel sekalipun.

Kadar pengangguran dikalangan warga tempatan (graduan) adalah dalam sekitar 60 ribu (mengikut perangkaan Kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi). Namun kini graduan ini berdepan dengan masalah mendapatkan pekerjaan yang setimpal dan sesuai dengan pendidikan mereka.

Malah Utusan Malaysia melaporkan bahawa “Lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia perlu bersedia untuk bekerja di negara-negara ASEAN bagi mengurangkan pengangguran di kalangan mereka yang kini meningkat kepada 59,000 orang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said berkata, sudah sampai masanya lepasan IPT mencari pekerjaan di luar Malaysia selaras dengan program melampaui sempadan.

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan sememangnya tidak meletakkan kepentingan warga tempatan dalam usaha mereka menarik pelabur asing. Graduan disuruh bersedia bekerja dinegara asing sedangkan semua sedia maklum Malaysia agak terkehadapan dalam perindustrian dan ekonomi. Nampaknya akal para menteri kita dibawah seliaan Abdullah Ahmad Badawi & Co amatlah singkat dan boleh diklasifikasikan sebagai bodoh atau bangang.

Jika kita berterusan membiarkan Abdullah Badawi & Co meneruskan agenda mereka memberikan peluang kepada warga asing, maka bersedialah kita untuk melihat kadar pengangguran di kalangan graduan Malaysia meningkat kepada 300% atau 400% dalam tempoh kurang 5 tahun. Benar seperti kata pepatah “Seperti Kacang Lupakan Kulit” dan “Kera dihutan disusukan, Anak dirumah mati kelaparan”.

6 Comments »

  1. Hasrul Halid said,

    Memang betul bro! Sekarang ni nak dapat jadik eksekutif pun susah. Dalam 5 tahun lagi, jangankan eksekutif, nak jadik kuli angkat tong taik pun PAYAH! Teramat PAYAH!

    ‘Mungkin’ itulah hakikatnya bro!

  2. Hakikatnya, kita sebagai warganegara Malaysia yang tercinta ini perlulah mengambil iktibar dan jangan mudah buat-buat lupa apabila kita dimercu kekuasaan.

    Kita kena ingat, semua tindakan kita (baik atau buruk) akan dinilai oleh anak cucu kita disatu masa nanti. Janganlah sampai anak cucu kita nanti amat payah mendapat kerja dan seterusnya me”maki” kita atas tindakan kita yang menyebabkan mereka susah mencari kerja.

    Walhal walau dinegara Israel sekali pun, mereka tetap mengutamakan rakyat mereka dalam kuota pengambilan pekerja mana-mana syarikat disana. Tetapi tidak bagi negara kita hasil idea “bangang” dan “bodoh” beberapa “mangkuk” yang memegang kuasa.

  3. aminiskandar said,

    Masa telah tiba untuk lakukan sesuatu,
    Kalau kita biarkan,
    Semua akan tergadai…
    Teruskan merusuh!!!

  4. Terima kasih atas komentar saudara.

    Perubahan perlu dilakukan bermula dari akar umbi iaitu dari peringkat kampung sehinggalah kepada peringkat negeri dan negara.

    Masih ramai yang yang tidak mengetahui titik tolak beberapa fakta yang melibatkan WPI. Malah ada yang masih tidak tahu apakah WPI dan kesan-kesan yang melibatkannya.

    Jangan sampai “Menang Sorak, Kampung Tergadai” sudahlah.

  5. The Revolver said,

    Ternyata AAB tidak:

    1. patriotik kerana menyembah Singapork
    2. telus kerana aset dan harta keluarga dan anak beranak tak perlu diisytiharkan
    3. gentleman kerana terhegeh-hegeh menyembah Bush, Howard dan Singapork semata-mata mahu dilihat hebat

    Sememangnya AAB bangsat!

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Abdullah Ahmad Badawi terpaksa melakukan semua itu kerana.

    1. Ianya perlu untuk menonjolkan diri
    2. Menaikkan status menjadi juara Malaysia (Dunia Ketiga)
    3. Kumpul semua harta sebab nanti bila dan jatuh, senang la nak bersana… ada modal.

    Jika ada sebutir (walau sebesar zarah) iman didalam hati anda (Abdullah Ahmad Badawi), silalah kembalikan yang hak kepada yang hak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: