23 March, 2007

Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 6:21 am by Ketua Perusuh

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau lebih dikenali sebagai SJER telah dikenalpasti akan menjadikan Singapura mendapat pembesaran wilayah mereka secara “virtual”. Malah beberapa insentif telah diberikan kepada warga Singapura yang membolehkan mereka memiliki hartanah di Malaysia tanpa dikenakan cukai atau levi serta sekatan.

Kini episod kedua (seperti yang dijangkakan) telah di war-warkan oleh Abdullah Ahmad Badawi sepertimana yang tertera di laman web Utusan Malaysia. Perkara inilah yang amat kritikal yang menyebabkan beberapa bangkangan diberikan atas keujudan WPI.

Utusan Malaysia memetik “Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini (22 Mac 2007) mengumumkan beberapa langkah baru untuk merangsang pertumbuhan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor termasuk membenarkan syarikat-syarikat yang beroperasi di sana mengambil rakyat asing bekerja tanpa had.

Menurut Perdana Menteri, pakej insentif WPI itu turut membolehkan syarikat-syarikat yang layak beroperasi di kawasan tersebut mendapatkan sumber modal secara global dan mengecualikan mereka daripada peraturan-peraturan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).

‘‘Syarikat-syarikat yang layak menikmati insentif itu dikhususkan untuk enam sektor sasaran iaitu industri kreatif, perkhidmatan pendidikan, perunding dan penasihat kewangan, perubatan, perkhidmatan berkaitan logistik dan pelancongan,’’ kata Abdullah dalam ucaptama Persidangan Invest Malaysia 2007 di sini hari ini.

Beliau berkata, syarikat-syarikat yang layak beroperasi di WPI juga akan dikecualikan daripada cukai pemegangan bagi pembayaran tertentu selama 10 tahun sekiranya mereka memulakan operasi di wilayah pembangunan baru itu sebelum 2015.

Dalam pengumuman tersebut, Abdullah turut berkata, syarikat-syarikat yang beroperasi di WPI akan dikecualikan daripada cukai pendapatan korporat bagi aktiviti-aktiviti dalam zon dan di luar Malaysia selama 10 tahun.

Perkara ini akan menyebabkan kebanjiran warga asing yang bekerja di Malaysia tanpa had tidak kira status professional mahupun pekerja bawahan. Kadar pengangguran di Malaysia agak teruk dimana dikatakan seramai lebih 60 ribu graduan tidak mendapat pekerjaan. Jika WPI meneruskan agenda mereka ini, maka dikhuatiri senarai pengangguran akan meningkat naik kerana tentunya syarikat asing akan mengambil pekerja asing.

Sepatutnya Abdullah Ahmad Badawi memikirkan perkara ini dan mendesak supaya kuota kakitangan dalam mana-mana syarikat di WPI ditetapkan kepada 90% warga Malaysia dan 10% warga asing jika mereka ingin mendapatkan status bebas cukai dansebagainya. Ini untuk menjamin agar graduan kita mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

Namun seperti biasa yang dikatakan oleh ramai pihak bahawasanya Abdullah Ahmad Badawi bukan seorang negarawan yang tulen kerana banyak arahan serta tindakannya yang lebih menguntungkan negara asing dan syarikat asing. Jika sikap Abdullah Ahmad Badawi & Co terus menerus bersikap begini, maka janganlah kita hairan jika suatu hari nanti kita akan dijajah kembali.

Dikala projek MSC dimulakan dahulu, telah ditetapkan bahawa setiap syarikat yang mahu beroperasi di MSC perlu mematuhi kuota pekerja tempatan. Ini untuk memberikan peluang kepada graduan tempatan mendapatkan pekerjaan. Kini projek WPI seperti “kera dihutan disusukan, anak sendiri dibiarkan mati kelaparan”.

2 Comments »

  1. The Sharpshooter said,

    KJ tak kisah kalau orang Melayu tak dapat cari makan kat IDR. Asal Melayu jadi jaga dan cleaner pun dah kira OK bagi dia. Pasal dia peduli apa. Yg dia tahu komisyen dia masyuk.

    KJ tak mampu cari makan cara gentlemen. Hanya mampu dilakukan adalah melobi penggabungan demi penggabungan dan pengambilalihan syarikat Malaysia sebab senang dapat laba atas angin. Apa punya BANGSAT! KJ ini.

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Memang Khairy Jamaludin bukankan seorang yang patriotik kepada Negara ini. Dia sememangnya mementingkan kantung dan kuasanya sahaja.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: