15 March, 2007

Sekolah Diklusterkan?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 4:31 am by Ketua Perusuh

Kluster (Cluster) diterjemahkan oleh Wikipedia sebagai “A cluster is a small group or bunch of something”. Ianya melambangkan satu entiti yang bergabung dan melaksanakan satu sistem arahan bersama secara kolektif dan efektif.

Kini Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Dato Hishamuddin Hussein mempelopori konsep sekolah Kluster. Utusan Malaysia melaporkan “Sebanyak 300 buah sekolah cemerlang bakal diangkat statusnya menjadi sekolah kluster yang akan ditadbir mirip sebuah sekolah swasta pada tahun ini, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sekolah kluster yang akan membuka lembaran baru sistem persekolahan negara mempunyai kuasa autonomi dari segi pentadbiran, kewangan, pemilihan guru dan pelajar, kurikulum, kokurikulum, pengajaran dan pembelajaran, yuran serta penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kata beliau, masih tetap di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran.”

Saya terperanjat apabila melihat akan konsep yang ingin dibawa oleh Kementerian Pelajaran. Dari satu segi, Kementerian Pelajaran telah menidakkan hak warga pelajar mendapat buku teks secara percuma (100%) pada tahun 2008 atas alasan tidak mampu untuk menanggung kos buku teks yang dikhabarkan bernilai RM100 juta.

Kini sekolah yang dibawah pentadbirannya pula akan di”kluster”kan dan ditadbir secara komersial bersandarkan kepada sekolah swasta. Mungkin pula tidak lama lagi institusi sekolah dan maktab perguruan akan diswastakan untuk menjana keuntungan. Siapa yang akan untung dengan wujudnya skim ini. Sistem kluster yang diwar-warkan ini tidak berupaya menjana kemantapan ilmu warga pelajar. Mungkin ianya akan membantutkan lagi keupayaan warga pelajar jika kos pendidikan dinaikkan.

Sewajarnya kos pendidikan bagi peringkat rendah dan menengah bagi warga Malaysia diberikan secara percuma. Tetapi dengan konsep sekolah kluster ini, mungkin tiada apa lagi yang percuma. Bagi yang berpendapatan rendah, mungkin akan keciciran dari segi pendidikan.

Dahulu jika kerajaan ingin membuat perubahan dalam sistem pendidikan, maka satu suruhanjaya atau penyata ditubuhkan dan membuat analisa, mengambil pandangan, pungutan suara dan sebagainya seperti Suruhanjaya Cobbold dan Penyata Razak. Namun kini semuanya keluar dari mulut Menteri Pelajaran tanpa apa-apa kajian menyeluruh dijalankan terlebih dahulu. Itulah sebabnya institusi pendidikan dan pembelajaran di Malaysia cara-marba dan kacau bilau.

Jika urusan pendidikan dan pembelajaran diterajui dan dikawalselia oleh orang politik, maka hasilnya tentulah bersandarkan kepada sentimen politik. Kita boleh lihat bagaimana kecemerlangan sukan di Malaysia yang semakin pudar apabila ianya diterajui oleh orang politik yang biasanya berkepentingan. Perkara yang sama juga akan terjadi pada institusi pendidikan yang semakin hari semakin pudar.

Memang kita dengar kini ramai yang mendapat A1 dalam setiap matapelajaran, namun…. tahukan anda bahawa ini semua hanyalah diatas kertas. Realitinya tidak dapat diterjemahkan dialam pekerjaan dan masyarakat. Malah pelajar yang “skor A” dalam bidang akademik biasanya kurang cemerlang didalam bidang pekerjaan. Ada juga pelajar yang “skor A” tetapi tidak kreatif (ulat buku) dan seterusnya tidak dapat memangkinkan elemen penyelidikan dan pembangunan.

Jadi perlukah kita meng”kluster”kan institusi pendidikan? Perlukah kita “franchise”kan sekolah kita? Perlukah kita menjadikan pendidikan rendah dan menengah satu perniagaan?

22 Comments »

  1. bukan perusuh said,

    ketua perusuh,

    saya seorang pegawai perkhidmatan pendidikan.saya merasakan tulisan saudara berkaitan isu pendidikan i Malaysia agak ‘semberono’.

    isu sekolah kluster adalah langkah kerajaan untuk eningkatkan taraf pendidikan rakyat malaysia. saya telah mengikuti isu ini sejak ia mula diperkatakan. saya tidak nampak kerajaan menidakkan hak rakyat.

    sejak dulu lagi kerajaan bertegas tidak akan menswastakan bidang pendidikan, pertahanan dan kesihatan. namun, jika ada rakyat yang mampu, sekolah swasta dan hospital swasta adalah alternatif.

    sekolah kluster cuma ditadbir seperti sekolah swasta. pentadbir ada kuasa autonomi terhadap sekolahnya. perbelanjaan PCG masih di bawah peruntukan PCG kerajaan.

    isu buku teks. bagi saya jelas. yang berhak, akan dapat hak mereka. yang tidak dapat buku teks, adalah golongan mewah. jika ada golongan yang kurang berkemampuan masih gagal mendapat buku teks, proses rayuan masih wujud.

    bagi saya, niat murni kerajaan biasanya memang dipandang serong oleh golongan yang mahu melihat kerajaan berpihak kepada mereka.

    jumpa lagi.

    • juga bukan perusuh said,

      ketua perusuh,

      Saya merupakan salah seorang guru di salah sebuah sekolah kluster.. Ihklas pada pandangan saya komen anda sememangnya seperti orang yang tidak bijak tetapi pura2 bijak..

      Kalu diamati sekolah kluster sebenarnya menjadi pemangkin kepada pelajar yang mana pihak sekolah akan sedaya upaya membantu pelajar tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi (kebitaraan) sehingga peringkat antarabangsa. Usaha ini adalah untuk siapa? Untuk orang2 tua atau untuk anak2 kita?

      Seperti disekolah saya, Kebitaraan yang dipilih adalah Olahraga.. Kami melatih pelajar ( Anak2 siapa?) supaya boleh bersaing.. Dan setiap tahun kami menghantar lebih daripada 4 orang pelajar untuk menyertai kejohanan diperingkat antarabangsa.? Mana mau dapat duit? adakah pihak pembangkang(Ketua perusuh) mahu mengeluarkan duit? sama sekali tidak. Pihak keraajaan yang memberikan duit.

      Banyangkan kalau pelajar ada bakat, kerajaan tidak berikan duit macamana dengan potensi pelajar.. adakah akan terus meningkat?

      Pasal buku teks. Kalau pelajar yang layak memang la dapat.. jangan kita pentingkan diri.. jika berkemanpuan beli lah kepada anak2 kita.. jangan mengharap semua benda free sahaja..

      Kalau mau comment bagus la fikir dulu.. kalau silap komen boleh membantu saudara kelihatan lebih tidak pandai. bukan salah saudara juga.. mungkin sebab saudara tidak berpeluang belajar disekolah kluster dahulu..😉

      Jangan fikir keuntungan diri.. fikir untuk anak2 kita.. generasi hadapan…

  2. Saya bersetuju dengan beberapa perkara yang anda jelaskan dalam komen anda, akan tetapi ada beberapa perkara perlu diperjelaskan lagi.

    Kita (warga Malaysia) amat berharap agar jangan suatu masa nanti pendidikan rendah dan menengah kerajaan Malaysia diswastakan (atau ditadbirkan secara swasta). Ini kerana konsep swasta biasanya dikaitkan dengan memaksimakan keuntungan tanpa mengambil kira kebajikan. Semua sedia maklum akan apakah itu yang dikenali sebagai swasta.

    Dalam banyak segi Kerajaan Malaysia seringkali ber”eksperimen” dalam beberapa urusan yang melibatkan kepentingan negara.

    Jika pihak Kementerian Pendidikan ingin menaik-tarafkan institusi pendidikan, maka perlulah mereka mengubahsuaikan sistem yang sedia-ada kepada sistem yang lebih anjal dan menguntungkan pelajar. Kita berhadapan dengan situasi pelajar yang berjaya dalam akademik akan tetapi gagal dalam pekerjaan dan situasi sebenar. Sistem pendidikan kita kini lebih kepada menjadikan robot berbanding dengan sistem lama yang memberikan ruang eksplorasi dan kritis didalam pembelajaran dan pendidikan.

    Isu berkaitan dengan buku teks sudah lama dihebohkan oleh ibubapa. Bukan sahaja buku teks yang disediakan oleh SPBT tidak cukup malah selalunya ianya lambat diserahkan kepada pihak sekolah sehingga menyebabkan ibubapa terpaksa membeli di kedai buku.

    Yang peliknya, buku tersebut berlambak di pasaran (dijual secara komersial) sedangkan pihak SPBT tidak mendapat buku yang sama atas alasan tidak cukup disediakan oleh pembekal.

    Jadi, perhati-perhatikanlah situasi ini.

  3. bukan perusuh said,

    ketua perusuh,

    saya sendiri mengakui, sistem pendidikan negara kita ibarat menampal baju buruk. atau menampal lubang di jalanraya. sudah tentu baju burk tetap buruk, cuma ada penampalan. sudah tentu jalan yang ditampal tidak akan memberi keselesaan kepada pemandu.

    saya yakin, pendidikan tidak akan diswastakan. saya sendiri pernah berseminar tentang ini.

    namun, banyak elemen dalam sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah akan dibuat seperti sektor swasta dan koporat. contohnya, semua jabatan / bahagian / unit, kini dalam usaha mengejar pengiktirafan ISO. banyak juga cabang-cabang ini yang telah mula menggunakan KPI.

    kini, unit EPRD dalam proses melaksanakan KPI kepada semua sekolah di Malaysia. tetapi tidak semua guru dan murid terlibat kerana pemilihan secara rawak. mungkin anak / waris ketua perusuh terlibat dalam proses ini.

    tentang buku teks, memang buku yang belum sampai, tetapi ada di pasaran. di sekolah, mereka bergantung kepada stok bilik SPBT mereka. bilik SPBT pula bergantung kepada bilik SPBT daerah. jika buku tidak cukup, proses mengambil buku daripada sekolah lain kini sedang di permudahkan. malah, jika murid bertukar ke sekolah lain dalam negeri yang sama, buku teks boleh dibawa bersama. buku teks bagi lain-lain negeri adalah tidak sama. ini kerana faktor pencetakan yang tidak mampu. oleh itu, banyak penerbitan yang diberi tender.

    saya bagi pihak semua warga KPM berterima kasih atas pandangan ketua perusuh. di harap ketua perusuh dapat menulis lagi berkaitan isu pendidikan dari kaca mata “sebelah sana” supaya kita dapat melihat sistem kita dengan lebih menyeluruh. jangan bimbang, saya bukan S B.

    sekian, terima kasih.

  4. Terima kasih atas komentar anda,

    Kita sebagai penjaga, ibubapa malah pencorak minda para pelajar kita untuk menghadapi masa depan. Jika kesilapan yang kita lakukan kini pada sistem pendidikan tidak diperbetulkan, mungkin satu masa nanti para pelajar kita tidak mampu bersaing di peringkat global. Malah ada kes dimana pelajar cemerlang di Tanahair, namun gagal bersaing di pusat pengajian tinggi di luar negara.

    Sepatutnya setiap sesuatu penambahbaikan atau pengubahsuaian kepada sistem pendidikan kita perlulah digariskan dan dipersetujui oleh satu “consensus” yang diterajui dan dikawalselia oleh satu suruhanjaya atau penyata. Kita perlu kembalikan sistem dahulu yang ternyata baik dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan kita.

    Jangan pula kita jadikan idea satu orang (tidak kira sama ada dia berpangkat Menteri atau tidak) dijadikan satu hala tuju baru tanpa kita mengkaji dan mengambil sikap kritis secara “consensus”. Ini kerana kita takut bahawa idea seseorang itu mungkin terbina atas sebab mengaut keuntungan peribadi atau satu idea yang tidak dikaji secara mendalam.

    InsyaAllah, ulasan dan komentar mengenai institusi pendidikan akan diberikan tumpuan dimasa-masa akan datang untuk kepentingan sistem pendidikan negara.

    Kestabilan, kemajuan dan hala tuju negara akan dicorakkan oleh anak-anak dan waris kita yang berilmu. Jangan kotori ilmu mereka demi kepentingan peribadi kita.

  5. perusuh utama said,

    Ketua perusuh,

    saya menyokong pandangan saudara. Memang telah lama kerajaan bercakap untuk tidak menswastakan pendidikan, pertahanan dan kesihatan. Tetapi yang berlaku ialah sedikit demi sedikit sektor tersebut diswastakan, mungkin secara senyap.
    Jika kita perhatikan kepada nasib IPTA selepas dikorporatkan pada 1995, bagaimana dengan kenaikan yuran, susahnya untuk mendapatkan geran penyelidikan, terpinggirnya sains sosial dan tercabutnya Bahasa Kebangsaan. Memang tidak diswastakan tetapi dikorporatkan. Pentadbiran korporat mementingkan untung dan mereka terpaksa mencari sendiri sumber kewangan untuk penyelidikan. IPTA seperti juga IPTS mengutamakan bidang-bidang komersial, dan sains sosial yang amat penting untuk manusia diabaikan kerana ia tidak bernilai komersial.
    Tentang yuran juga, memang menteri mengatakan kenaikan hanya kecil sahaja. Tetapi sejarah tol patut menjadi pengajaran. Dulu Samy Vellu kata ‘amat berpatutan’ ketika PLUS baru dibuka, kini kita hampir tidak berupaya lagi membayar tol dan pemegang konsesi mengutip lebih 100 juta ringgit pada cuti tahun baru cina sahaja. Apa jaminan yuran tidak akan dinaikkan bila pentadbiran kluster berautonomi terhadap kewangan dan yuran. Sudah tentu kos pembelajaran, pengajaran, kurikulum dan kokurikulum akan dijadikan alasan selepas pilihan raya.

  6. Terima kasih atas pandangan anda.

    Sememangnya apa yang dituntut oleh majoriti rakyat Malaysia adalah satu konsep pendidikan yang akan menjanakan minda pelajar ketahap kritis, inovatif dan berdaya saing.

    Jika sistem pendidikan masih berteraskan kepada penghafalan tanpa diterapkan unsur-unsur inovatif dan responsif maka kita akan mendapat pelajar yang seumpama robot.

    DIharapkan agar semua tindakan Kementerian Pelajaran diselaraskan dan dikawalselia oleh satu suruhanjaya atau penyata sebelum tindakan tersebut dilaksanakan. Perlu ada satu “consensus” dari pihak ibubapa, para pendidik serta kementerian.

  7. hasni said,

    Assalamualaikum
    Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Saya adalah warga pendidik di salah sebuah sekolah di sekitar bandar Ipoh. Apa yang fahamkan tentang sekolah kluster ini, apabila berlakunya sekolah kluster, guru-guru siswazah DG41 akan ditempatkan di sekolah tersebut. Guru-guru bukan siswazah yang terdiri dari DGA29 dan DGA32 akan berpindah ke sekolah bukan kluster. Yang malangnya bagi kami, kemungkinan kami ini ditempatkan le ke sekolah-sekolah pendalaman yang sepatutnya guru-guru siswazah pergi, tetapi tidak mahu pergi.
    Bagi saya tidak adil. Selama ini guru-guru bukan siswazah yang mengisikan jawatan kekosongan dalam bidang perguruan. Tetapi disebabkan susah mendapatkan pekerjaan, maka lepasan universiti memilih jawatan guru sebagai jalan terakhir untuk mencari pekerjaan. Setelah mendapat jawatan tersebut, tidak mahu pulak untuk berkhidmat ke kwasan pendalaman.
    Tentang buku teks pula, sememangnya ibu bapa yang berpendapat RM2000 ke bawah yang selayaknya anak-anaknya mendapat pinjaman buku teks. Tetapi berlaku juga di kebanyakan sekolah yang terdapat ibu bapa yang mempunyai pendapat melebihi RM5000, anak-anaknya dapat pinjaman SPBT. Pada borang pinjaman kononnya suami bekerja sebagai pembantu am, isteri tidak bekerja tetapi boleh memandu TOYOTA ALTIS.
    Banyak lagi ketidaktelusan yang berlaku dalam bidang pendidikan.
    Jumpa lagi.

  8. Terima Kasih atas komentar saudara/i,

    Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan. Perlunya pihak Kementerian Pelajaran merombak serta menyesuaikan pengagihan tenaga pengajar mengikut kesesuaian dan lokaliti. Tentang isu DGA29 ditukarkan ke pedalaman sedangkan DGA41 diletakkan di sekolah kluster juga nampak rasional.

    Oleh yang demikian Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan bidang pendidikan dijadikan satu tempat untuk mencari rezeki dan bukannya tempat untuk menyemai budaya ilmu dan didikan.

    Kita takut nanti, dengan adanya sekolah kluster, maka pengasingan tenaga pengajar berlaku dimana hanya yang baik dan cemerlang dikumpulkan di sekolah kluster, manakala yang lain diserahkan kepada sekolah luar bandar. Ini akan menyebabkan satu jurang pendidikan yang amat ketara jika tidak ditangani dengan rasional.

    Kepada bakal-bakal guru, saya ingin nasihatkan bahawa kerjaya yang anda pilih adalah mulia dan jangan cemarinya dengan keuntungan atau sambil lewa. Kepentingan pelajar dan masa depan mereka ada ditangan anda.

  9. Cucu Tok Janggut said,

    Syabas terhadap komen Ketua perusuh

    Ketua Perusuh membuka minda kami untuk sama-sama berfikr masa depan pendidikan di negara kita.

    Banyak isu yang belum dapat diselesaikan dalam bidang pendidikan. Tetapi hari ini timbul pula sekolah kluster, entah idea atau mimpi siapa pun kita tak tahu.

    Dalam masa yang sama kerajaan menerusi Perdana Menteri malaysia, datuk seri Abdullah Badawi ingin merapatkan jurang antara pelajar bandar dan luar bandar. Jurang antara mereka memang terlalu luas tetapi ada hasrat untuk dirapatkan. namun begitu dengan timbulnya sekolah kluster yang memberi kuasa autonomi kepada pengetua, saya fikir banyak masalah baru yang akan timbul.

    Pertamanya dari segi kepimpinan iaitu pengetua.ada pengetua yang tidak layak untuk mentadbir sekolah kluster dan terpaksa dipindahkan ke sekolah bukan kluster.Ini mwnimbulkan sedikit keresahan kepada pengetua terbabit.

    Keduanya dari segi guru.Sekolah kluster inginkan guru-guru yang berwibawa.Mempunyai kemahiran yang mengikut standard yang ditetapkan oleh mereka.jadi bagaimana kepada guru yang termasuk dalam kategori tidak berkemahiran itu? Pasti mereka akan ditukarkan ke sekolah lain. Timbul pula isu lain.

    Dari segi yuran pengajian juga akan menim,bulkan masalah.Sekolah bukan kluster yang cemerlang pun hari ini emnetapkan pelbagai yuran termasuklah yuran kecemerlangan walaupun tingkatan satu dan dua yang belum lagi difokuskan kepada peperiksaan sepenuhnya.Beban kepada ibi bapa yang kurang berpendapatan akan timbul walaupun anak mereka termasuk dalam kategori cemerlang.

    dari segi pelajar juga akan timbul bebrapa implikasi. Pelajar yang kurang cemerlang akan ditukarkan ke sekolah yang bukan kluster sebab sekolah kluster hanya akan mengurus pelajar-pelajar yang cemerlang. bagaimana dengan pelajar yang kurang cemerlang? sedikit demi sedikit mereka akan dipindahkan ke sekolah yang bukan kluster. jarang manusia yang suka kepada pelajar-pelajar lembab apatah lagi jika pelajar tersebut berada di sekolah kluster.

    jadi fikirkalah sebaikmungkin sebelum melakukan sesuatu perubahan.Pendemokrasian dalam pendidikan bukanlah sekadar untuk diwar-warkan sahaja namun hendaklah dipraktikkan. hari ini fokus utama sekolah ialah untuk mendapat keputusan cemerlang dengan memfokuskan kepada pencapaian semata-mata sehingga terlupa keperluan sebenar pelajar.Lantaran itu, ilmu yang sepatutnya dikuasai pelajar untuk menjadi seorang yang berketrampilan, berani, bewrwibawa dan layak menjadi pepmimpin suatu hari nanti diketepikan lantaran terlalu memfokuskan kepada peperiksaan. FIKIRKANLAH…..

  10. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Sememangnya banyak isu-isu serta permasalahan yang masih tidak dapat diselesaikan diperingkat sekolah rendah dan menengah, namun pendekatan tanpa kajian yang mendalam akan menimbulkan permasalahan yang baru.

    Sewajarnya setiap tindakan, arahan atau keputusan perlulah dikaji dengan mendalam bukan hanya dari satu pihak namun dari semua cabang ilmu dan pentadbiran. Malah pandangan daripada pelajar juga boleh diambil dan disesuaikan.

    Kita mahukan pelajar yang mampu memimpin dan mentadbir negara satu masa nanti dengan semangat patriotisma yang tinggi dan bukannya satu kumpulan pemimpin masa depan yang boleh diklasifikasikan sebagai “Kuda Kayu”.

  11. Mathematician said,

    Pls refer to http://www.bakrimusa.com

  12. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    InsyaAllah saya akan melayari laman web tersebut dan mengkaji pemikiran kritis disana.

  13. mizi said,

    Boleh saudara Ketua Perusuh bagi maksud yang jelas mengenai sekolah Kluster?

  14. june thomas said,

    saya adalah seorang guru yang gemar melakukan kajian kajian tindakan mengenai suatu isu yang baru. Isu sekolah kluster sangat menarik. Ada kah kajian yang pernah dilakukan untuk membandingkan implikasi sekolah kluster terhadap pentadbirannya dan juga pencapaian murid dari segi akademiknya. Sekolah kurang murid yang diklusterkan ini pada akhirnya akan menjadi satu institusi yang besar sama dengan sekolah biasa, bezanya ialah sekolah kluster terdiri daripada banyak sekolah kurang murid yang disatukan. Sekiranya ada kajian yang baru mengenai sekolah kurang murid dan sekolah kluster, silalah kongsi pengalaman itu kepada saya. terima kasih.

  15. mnar said,

    Selain daripada difinisi yang agak hampir betul, maklumat lain semuanya mengarut. Tuan harus belajar dahulu apa itu sekolah kluster, sama ada melihat manualnya atau (membaca) pelaksaannnya di England atau NZ untuk membayangkan bagaimana bakal terjadinya di Malaysia, setelah diacuankan sendiri. Saya juga tidaklah setuju sangat dengan sekolah kluster ni, tetapi biarlah kita faham dahulu sebelum membuat ulasan. Pandangan yang negatif dan skeptik janganlah menghantui kita, kerana sudah banyak stok terkumpul rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang berpandangan begitu. TQ

  16. orient_girl said,

    salam….
    isu sekolah kluste memang hangat diperdebatkan..namun apa yg kita lihat masih belum mampu untuk membuktikan keberkesanan sekolah kluster untuk institusi pendidikan dalam negara.Bukankah kita sudah mempunyai sekolah bestari,sbp dan mrsm.Bukankah ianya mempunyai matlamat dan objektif yang sama?oOleh itu,apakah perbezaan di antara sekolah kluster dengan sekolah-sekolah elit yang lain…Adakah sekolah kluster satu realistik atau tidak realistik?Jawapannya masih kabur hingga kini…Berlakukah keadilan,keserataan dan keseimbangan dalam aspek pendidikan dengan kewujudan sekolah kluster?….

  17. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Persoalan sebenarnya disini ialah kenapa perlu kita kerap melakukan eksperimentasi kepada para pelajar dan sistem persekolahan kita. Adakah wajar ianya dibuat secara skala besar sedang sepatutnya kita buat ujikaji dahulu diperingkat kecil.

    Masalah yang paling kerap berlaku ialah apabila eksperimen ini hanya “hangat-hangat tahi ayam” sahaja.

  18. sona said,

    terima kasih kerana membahaskan tentang perkara ini. ianya sedikit sebanyak membantu kami untuk tajuk perbahasan.

  19. aizati said,

    saya nak mintak pandangan
    1. saya tak berapa jelas tentang pemilihan guru?adakah guru sekolah kluster adalah dari golongan profesional?
    2.bagaimankah cara untuk menentukan prestasi guru sekolah kluster dapat dipertahankan

    • juga bukan perusuh said,

      Sebenarnya munkin kita terlepas pandang.. sekolah kluster bukan hanya dalam bidang akademik sahaja. tetapi semua bidang…

  20. upjakarta said,

    bagus artikelnya


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: