14 March, 2007

Geran Tanah?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:04 am by Ketua Perusuh

Kini heboh satu Malaysia akan isu pemalsuan geran tanah yang diproses oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) beberapa negeri di Malaysia. Isu pemalsuan ini adalaha agak besar. Tanah adalah satu aset yang paling berharga dulu, kini dan selamanya. Tanah jugalah yang menyebabkan adik beradik, suami isteri, anak beranak bergaduh dan bermasam muka. Malah sampai ada yang tidak mahu mengaku saudara atas kes melibatkan pertikaian pemilikan tanah.

Utusan Malaysia ada menyiarkan tajuk berkaitan perkara ini. Isu yang ditimbulkan menyebabkan kita semua (rakyat Malaysia) tertanya-tanya akan tahap keselamatan sistem komputer di PTG yang digunakan untuk memproses dokumen berkaitan tanah. Malah kononnya ada satu sindiket yang bergerak bebas memalsukan dokumen tanah dengan kerjasama orang dalam.

Jika kita lihat di Selangor dan Wilayah Persekutuan, beberapa kes pemalsuan dokumen tanah telah berlaku. Kebanyakan kes berkait dengan pegawai-pegawai berpangkat besar (tetapi mengkambinghitamkan beberapa pegawai kecil) di PTG. Malah majoriti daripadanya dikaitkan juga dengan pengaruh politik beberapa ADUN, EXCO dan Wakil Rakyat dari Barisan Nasional.

Kes yang sama pernah berlaku di kawasan Raub (Batu Talam) melibatkan wakil rakyat dari UMNO baru-baru ini. Malah kes ini sedang menunggu tarikh perbicaraan semula. Jika anda semua masih ingat di Selangor, bagaimana Menteri Besar (Khir Toyo) dengan pengaruh dan proksinya mengambilalih beberapa bidang tanah yang berskala besar untuk kepentingannya. Malah pernah berlaku kes banjir (terpencil) dalam bilik server di tingkat 2 bangunan SUK Selangor di Shah Alam pada hari raya haji beberapa tahun yang lalu. Ini menyebabkan server yang memproses dokumen berkaitan tanah telah rosak. Kejadian ini berlaku hanya disebabkan oleh kesyang melibatkan Menteri Besar Selangor (Khir Toyo).

Saya berani mempertaruhkan reputasi saya dengan mengatakan bahawa dalang bagi semua kes pemalsuan dokumen tanah di PTG dilakukan oleh ADUN, EXCO malah Wakil Rakyat dari Barisan Nasional. Kalau anda tidak percaya, kita tunggu dan lihat akan kesudahan kes ini. Kalau ianya melibatkan mereka, anda jangan harap bahawa ianya akan didedahkan oleh media tempatan.

Bukan sekali dan bukan dua kali mereka-mereka ini terlibat dalam beberapa kes yang berkaitan dengan penyelewengan, pemalsuan dokumen (kad pengenalan di Sabah), rasuah, peras ugut dan banyak lagi. Pasukan Polis dan BPR hanya digunakan untuk memastikan bahawa semua rakyat tidak akan tahu siapa dalang dalam kes sebegini. Yang akan terpapar hanyalah cuma kambing-kambing hitam sahaja.

Kita tunggu dan lihat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: