5 March, 2007

Tumbuk Rusuk (Rasuah)

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:40 pm by Ketua Perusuh

Siapa yang tidak mahukan wang. Wang membolehkan kita berbelanja. Orang miskin berbelanja dengan cara mereka sendiri. Orang kaya pula sebaliknya. Semua orang mahu jadi kaya, berharta dan sebagainya. Ada yang berusaha secara halal, ada juga yang sebaliknya.

Tumbuk Rusuk atau lebih dikenali umum sebagai rasuah adalah satu jenis penyakit dunia yang mudah berjangkit. Ianya lebih mudah dari HIV/AIDS. Malah tanda-tanda penyakit ini dihidapi amatlah susah untuk dikenalpasti. Sesiapa pun boleh dijangkiti.

Ahli politik yang kurang pengangan ugamanya mudah dijangkiti oleh penyakit ini. Malah sesiapa sahaja yang jauh dari Tuhannya pasti dijangkiti oleh penyakit ini. Semua orang mudah gelap mata dengan wang dan rasuah. Bayangkan jika seluruh masyarakat dijangkiti dengan penyakit ini.

Kini setelah Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mengendalikan serta menyiasat kes rasuah telah hilang taringnya, apa yang dapat lagi kita lakukan. Malah ada beberapa kakitangan BPR sendiri yang terlibat dengan pelbagai bentuk rasuah. BPR yang dahulunya dikenali sebagai Biro Siasatan Negara (BSN) sebelum dipecahkan kepada dua bahagian (BSN dan BPR) amat kritis berkenaan dengan kegiatan rasuah.

Jika kita mengharapkan BPR berlaku adil dalam menangani kes rasuah, kita jangan lupa pada tangan-tangan ajaib yang sentiasa memacu BPR dan merubah beberapa kes rasuah mahupun “membakulsampahkan” pertuduhan rasuah. Tangan-tangan ajaib ini datangnya dari kuasa eksekutif (Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan lain-lain lagi).

Malah ada Menteri yang terselamat dari dihukum dibawah akta rasuah atas pengaruh pimpinan atasan. Kini Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negara pula dituduh rasuah. Bukan perkara asing bagi mereka-mereka yang didalam Barisan Nasional terlibat dalam rasuah. Malah politik wang yang memang rasuah diubah klasifikasinya dan menyebabkan BPR tiada kuasa menyiasatnya.

Seperti kata pepatah, jika kepala seekor ikan itu busuk (buruk @ rosak) maka keseluruhan ikan tersebut mungkin rosak. Oleh itu jika kita tidak mahu melihat akan ikan yang busuk, silalah kita buangkan keseluruhan ikan tersebut. Jangan sampai bangkai ikan tersebut berulat dan akhirnya membusukkan udara sekeliling.

Pangkas sahaja semua yang mengamalkan rasuah, tidak kira kecil atau besar. Rasuah adalah dosa. Jadi jangan buat dosa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: