27 February, 2007

Siapa Lebih Untung?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:41 am by Ketua Perusuh

Perniagaan memang memerlukan untung. Semua orang yang berniaga mahukan untung. Orang yang kurang waras sahaja yang tidak mahukan untung. Rasulullah s.a.w berniaga kain pun mendapat untung. Begitulah nisbahnya perniagaan dengan untung.

Ada banyak cara untuk mendapatkan keuntungan. Ada yang mendapatkannya dengan membuka kedai atau gedung. Ada yang mendapatkannya dengan urusan saham. Ada yang mendapatkannya dengan menjadi broker. Ada yang mendapatkannya dengan cara menipu dan manipulasi.

Jika SJER (atau lebih dikenali dengan WPI) berjaya dilaksanakan, pihak yang akan mendapat manfaat dan laba yang amat besar adalah Singapura. Ini kerana ramai pelabur yang akan menggunakan Singapura sebagai hub perbankan dan transit. Malah jika pihak kerajaan Malaysia membenarkan pembukaan laluan udara KL – Singapura dalam waktu terdekat, ini akan menguntungkan Singapura.

Jika laluan keretapi laju KL – Singapura dilaksanakan juga, maka pihak Singapura yang akan mendapat laba paling besar. Malah sistem radar bagi ruang udara di Semenanjung Tanah Melayu ini dikawalselia oleh pihak Singapura. Dari sudut logistik, Pelabuhan Keppel dan Lapangan Terbang Changi lebih efektif dan berdaya saing berbanding dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Lapangan Terbang Senai jika SJER (WPI) dilaksanakan.

Penjualan beberapa aset utama Malaysia telah menyebabkan pihak Singapura mendapat untung yang besar. Setelah terlepasnya Pantai Holding di tangan Singapura pada harga yang murah, pihak Khazanah diarahkan untuk membeli balik dari tangan Singapura dengan harga yang mahal. Ini menunjukkan kebodohan dan dangkalnya ilmu ekonomi Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi.

Singapura sedang dalam proses menyediakan beberapa proksi mereka di Malaysia yang akan memudahkan proses mengaut keuntungan dan sekaligus memiliki beberapa lagi aset penting Malaysia. Beberapa tindakan Abdullah Ahmad Badawi & Co menunjukkan ada beberapa foktor kukuh mengenai perkara ini. Malah beberapa keputusan yang berat sebelah kepada Singapura telah dan akan dilaksanakan.

Umum telah mengetahui bahawa Kalimullah Hassan (NSTP) adalah proksi dan agen Singapura. Malah ECM Libra yang dikaitkan dengan pengambilalihan beberapa aset dikenalpasti sebagai agen Singapura. Baru-baru ini ECM Libra telah bekerjasama dengan Tabung Haji. Kita khuatir beberapa aset yang dimiliki oleh Tabung Haji pula akan dilupuskan dan seterusnya dimiliki oleh proksi Temasek Group.

Kita tunggu dan lihat…

2 Comments »

  1. RANJIT SINGH said,

    PAT LAH kata…85 peratus kes rahsuah tidak dapat dibuktikan…mamun agak nya orang tua ini…munglin baru bangun dari tidor dan mula bercakap mereben…apabila ada sesuatu kes disiasat mesti ada sesuatu yang tak kena…mesti ada lapuran rasuah kalau tidak buat apa orang nak lapur…kes rasuah yang disiasat mesti dibawa ke mahkamah biar hakim yang menentukan…bukan orang politik saperti PAT LAH…malaysia ada lah negara pengamal rasuah….

  2. 85% adalah satu kuantiti yang agak besar, berbanding dengan jumlah penduduk negara ini. Rasuah perlu dibenteras dari pangkal. Jika pangkal sudah bersih dari rasuah, maka akan mudahlah bahagian lain dibersihkan.

    Indeks rasuah di Malaysia amat buruk. Dari sekecil-kecil orang sehinggalah kepada sebesar-besar orang.

    Rasuah jika tidak dibendung, mungkin akan menyebabkan Malaysia terjajah dan tergadai satu masa nanti.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: