24 February, 2007

Kenapa Johor?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:42 am by Ketua Perusuh

Johor adalah sebuah negeri paling selatan Semenanjung Tanah Melayu. Suatu masa dahulu, Johor merupakan kawasan perlindungan kepada Sultan Melaka selepas Portugis mengalahkan Melaka. Perlindungan ini hanyalah sementara sehingga Sultan Melaka berpindah ke Riau.

Johor juga terkenal sebagai pintu masuk utama pelancong asing yang datang dari Singapura dan Indonesia, malah kesibukan tambak Johor membuktikan kemasukan pelancong asing ini. Johor juga terkenal sebagai satu negeri yang masih kuat berpegang kepada fahaman “Hanya BN sahaja yang mampu memerintah”. Ini kerana di Johor, parti pembangkang cuma dapat memegang paling banyak satu DUN sahaja pada satu-satu masa.

Jadi kenapa Abdullah Ahmad Badawi & Co begitu rancak dan rajin sekali ingin memajukan Singapura? Banyak persoalan yang bermain difikiran kita. Semua persoalan ini jika dikaji dengan secara mendalam, akan kita ketahui punca asal dan jawaban baginya.

Tambak Johor (dibina oleh British) pada sebelum Merdeka dahulu menjadi penyambung kepada dua negara, Malaysia dan Singapura. Tujuan asalnya adalah untuk memudahkan perhubungan darat antara kedua negara. Dewasa ini berlaku kesesakan yang amat dahsyat kepada laluan ini sehingga menyebabkan Linkedua diujudkan. Namun kepentingan Tambak Johor masih diperlukan pada lokasi yang asal. Tun Mahathir Mohamed telah memberikan arahan agar dibina satu jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang usang dan sempit itu.

Namun atas dolak-dalik Singapura dan kemudiannya di”amin”kan oleh Abdullah Ahmad Badawi, maka projek jambatan tersebut dibatalkan. Apakah rasionalnya Singapura berdolak-dalik atas isu Tambak Johor. Umum mengetahui Tambak Johor hanyalah sebuah tambak penghubung, namun sebenarnya pihak British ada menyediakan satu laluan khas dibawah tambak tersebut untuk memudahkan mereka melarikan diri jika berlakunya ancaman perang di Semenanjung Tanah Melayu. Laluan ini sudah lama, malah majoriti rakyat Malaysia tidak pernah tahu akan kewujudannya. Hanya pihak Singapura sahaja yang mengetahuinya akan lokasi sebenar serta pelan lakaran bagi laluan tersebut.

Abdullah Ahmad Badawi & Co mengatakan bahawa akan ada masalah perundangan sekiranya jambatan pengganti Tambak Johor diadakan. Kononnya ianya akan merugikan Malaysia. Namun kini dengan perkembangan terkini, beberapa projek mega sedang dan akan dimajukan di kawasan yang berhampiran dengan Singapura yang mana akan memberikan akses dan keuntungan kepada pihak Singapura.

Dahulu kala kita pernah mendengar peribahasa “Seperti Belanda Mintak Tanah”, begitulah apa yang dilakukan oleh pihak Singapura. Abdullah Ahmad Badawi & Co kini beroperasi sebagai proksi Singapura dan beberapa tindakan yang dilakukannya menguntungkan pihak Singapura. Jika projek SJER dilakukan, warga Singapura akan mempunyai akses kepada aset dan keluar masuk tanpa sekatan. Malah SJER membolehkan perluasan kawasan Singapura tanpa Singapura perlu menjajah secara terang.

Kini projek Nusajaya sedang dalam proses untuk dimajukan. Ini akan melibatkan pemindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor dari kawasan sediaada ke Nusajaya. Nusajaya akan dibangunkan oleh UEM Land yang mana pihak UEM Land diberikan kuasa penuh untuk memajukan kawasan ini. Sejak bila pula anda dan saya ada mendengar bahawa UEM Land ada memenangi tender bagi pembangunan Nusajaya. Tentunya tidak ada kerana UEM Land mendapat projek ini secara “by-hand” @ “DaddyKasi”.

Siapa yang akan mengeluarkan modal untuk membiayai projek Nusajaya ini? Adakah nanti harga TOL akan dinaikkan lagi untuk menampung kos pembangunan Nusajaya? UEM Land adalah anak syarikat UEM Berhad yang memegang konsesi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Jadi perhatikan disini bagaimana UEM Land akan mendapatkan dana.

Namun janganlah kita risau, UEM Land akan mendapat dana daripada proksi Temasek Group di Malaysia iaitu ECM Libra dan sebagainya. Dan jangan terkejut jika suatu hari nanti (tidak lama lagi), anda akan dapati bahawa CIMB Bank sebenarnya dibawah kawalan dan dana dari Temasek Group melalui beberapa proksi lain. Itulah sebabnya kenapa CIMB Bank benar-benar berharap agar projek Synergy Drive akan berjaya menyatukan tiga konglomerat perladangan dibawah satu payung (Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby). Ini kerana ianya akan memudahkan Temasek Group mengambilalih keseluruhan aset perladangan ini dengan mudah dan cepat melalui beberapa proksi mereka. Kita tunggu dan lihat…

3 Comments »

  1. pengomen said,

    betul ke ade terowong kt tambak johor?hmm..boleh ceritakan lebih ditir lagi x?

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    InsyaAllah isu berkenaan dengan terowong rahsia dibawah Tambak Johor akan didedahkan secara detail pada artikel yang akan datang. Sila tunggu kerana ada beberapa isu lagi yang perlu didedahkan mengikut kronologi yang telah ditetapkan oleh saya.

    Harap anda dan semua yang membaca blog ini akan bersabar sehingga faktanya saya dedahkan sedikit masa lagi.

  3. AFG said,

    banyak betul terowong rahsia kat malaysia ni yek…..dulu ada yg kata Tun Mahathir pun ada terowong mcm tu kat utara..hebat betul….ramai orang malaysia ni yang sangat2 hebat korek rahsia2 yang x tercapai dek akal manusia2 biasa yang ber IQ sederhana macam kebanyakan manusia di Malaysia ni lebih khusus lagi yang dah lama dok JB tp haram x tau cerita….syabas!!!sungguh mengagumkan….klu nak lagi hebat tunjuk sekali “blueprint” yang ada…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: