21 February, 2007

Sumpah Setia?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:14 am by Ketua Perusuh

Sebagai warga negara Malaysia yang tercinta, kita semua sememangnya diwajibkan bersumpah setia untuk mendaulatkan negara ini, undang-undangnya, parlimennya, institusi raja dan sultan. Sedari lahir kita di negara ini, kita ditanamkan semangat patriotik terhadap negara ini.

Kita sedia maklum bahawa negara ini pernah dijajah beberapa kali. Kebanyakan dari kes penjajahan adalah sebenarnya disebabkan oleh kelemahan diri kita sendiri. Mana tidaknya, Portugis menjajah Melaka disebabkan oleh kerana ada pembelotan dipihak Melaka iaitu Raja Mendaliar.

Inggeris pula menjajah disebabkan kerana ada pihak yang mahukan kuasa tapi sanggup mendapatkan kuasa itu secara dibonekakan oleh pihak Inggeris. Begitu juga dengan kedatangan dan penjajahan Jepun.

Kini negara kita bakal dijajah kembali sedikit masa lagi jika kita (warga Malaysia) tidak mengambil sikap proaktif untuk menyelamatkannya. Kita bakal dijajah secara “virtual” oleh pihak Singapura jika kita membenarkan banyak aset negara ditukar milik dan dibeli secara pukal oleh proksi mereka.

Singapura melalui syarikat pelaburan utama mereka (Temasek Group) sedang giat memperkudakan ECM Libra mengukuhkan kedudukan aset mereka di Malaysia. Ini dipermudahkan oleh Abdullah Ahmad Badawi serta Khairy Jamaluddin. Dengan terbelinya kumpulan Pantai Holding yang mana FOMEMA dibawahnya dan lain-lain lagi sehinggakan projek SJER yang lebih menguntungkan Singapura dijayakan oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Jangan pula kita terkejut jika seawal tahun 2008 kita akan kehilangan beberapa aset negara yang pastinya akan dibeli secara proksi oleh Temasek Group. Satu daripada aset negara yang mungkin akan terjual adalah Kumpulan Synergy Drive. Kita tunggu dan lihat.

3 Comments »

  1. syafiqsunny said,

    ada pengaruh dan penasihat seberang tambak di Khazanah Nasional.🙂
    kita akan bersatu dengan singapura, tapi bukan kita yang memerintah atau menguasai, ianya adalah sebaliknya.

    Neway thanks jadikan saya blogroll anda! Thanks

    Salam dari brikfield

    Ketua Perusuh: Salam Ikhlas dari saya

  2. ibk8800 said,

    ada baik dan buruknya kalau kita dijajah oleh singapura terutama bansga melayu. tanya diri anda (melayu) jawapannya anda tahu. yg baiknya melayu akan belajar utk berjaya dgn sendirinya kalau nak maju tanpa gunakan “tongkat”.

  3. Selama ini pun kita (orang melayu) tidak bertongkat. Yang bertongkat hanyalah orang-orang yang rapat dengan pemerintah, orang-orang yang satu parti dengan pemerintah, kroni mereka dan sebagainya.

    Umumnya, orang melayu biasa seperti anda dan saya, sampai kiamat pun tidak akan ditolong oleh tongkat kerajaan. Saya pun tidaklah berminat dengan tongkat kerajaan kerana saya boleh berdikari.

    Cuma, janganlah dijadikan tongkat itu sebagai kayu pengukur kekuatan bangsa malah dijadikan satu kebanggaan mendapat tongkat sedangkan mereka tidak sewajarnya mendapat tongkat.

    Hanya orang buta dan OKU sahaja yang perlukan tongkat. Jadi mereka-mereka ini (kroni dan rakan rapat pemerintah) memanglah OKU.
    Kasihan dekat mereka…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: