20 February, 2007

Ekonomi Makin Baik?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:03 am by Ketua Perusuh

Mana rasionalnya? Mana faktanya?

Jika fakta atau rasionalnya hanyalah bikinan pakar ekonomi kangkung, maka tentulah hasil yang dipersembahkan itu setakat kuat diluar tetapi lemah didalam. Pimpinan negara yang diketuai oleh Abdullah Ahmad Badawi hanya berani mengeluarkan komentar serta pandangan yang diulang beberapa kali disamping dibantu oleh pemuka-pemuka ekonomi tempatan.

Dalam tahun 2007 ini telah beberapa kali kita semua dimomokkan dengan isu kenaikan pasaran saham, pelaburan asing yang bercambah, ekonomi yang semakin kukuh. Malah sehinggakan lelucon terkini yang menyebut urusniaga ekonomi mencecah 1 Trillion.

I Trillion ini bukanlah nilai yang sedikit. Tentulah ianya ada asas yang kukuh. Namun realitinya, kita (rakyat) sedia maklum bahawa keadaan ekonomi kita makin merudum. Jatuh dan belum bangun lagi. Demam ekonomi yang masih belum kebah. Ekonomi bukanlah setakat diatas kertas. Ianya perlu diterjemahkan kedalam pasaran semasa.

Petunjuk pelaburan asing masih lemah. Malah dalam pada Abdullah Ahmad Badawi menwar-warkan unjuran ekonomi 1 Trillion, banyak syarikat kecil dan sederhana yang tutup. Syarikat asing pula sanggup menutup kilang dan syarikat mereka di Malaysia. Malah ada yang berpindah ke negara asing. Paling dekat mereka berpindah ke Singapura, Indonesia dan Thailand.

Mengikut ramalan, ekonomi akan lebih menguncup pada suku kedua tahun ini malah mungkin akan menyebabkan indeks komposit jatuh sehingga 300 mata. Kekuatan matawang Ringgit pada sekitar RM3.50 untuk satu dolar Amerika mungkin tidak akan kekal lama. Jangkaan awal menunjukkan bahawa pada suku keempat tahun ini, ianya mungkin akan kembali kepada 3.60 atau 3.70 sebelum stabil kembali pada 3.65.

Kecairan pasaran saham dan urusniaga perdagangan ini sebenarnya hanyalah hasil dari pelaburan KWSP, Tabung Haji, dan beberapa dana awam. Malah FDI yang diwarwarkan itu hanyalah dari suntikan kumpulan Temasek yang dikaburi oleh ECM Libra.

Kepada pimpinan negara, anda boleh menipu (mengeluarkan fakta kosong) untuk dimomokkan kepada rakyat jelata. Namun kini, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang agak bijak dan tahu yang mana fakta, yang mana ramalan. Janganlah diharapkan agar rakyat akan percaya pada komentar professor atau pakar ekonomi kangkung ini. Dahulu boleh, namun sekarang tidak lagi.

Sila kemukakan bukti yang menunjukkan aliran ekonomi yang makin baik. FDI dan lain-lain fakta lagi. Kemukakanlah satu kertas putih jika anda (Abdullah Ahmad Badawi) dipihak yang benar. Kita tunggu dan lihat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: