14 February, 2007

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 7:28 am by Ketua Perusuh

Setiap lima tahun sekali, kita akan mengadakan pilihanraya umum Malaysia. Sejak tertubuhnya negara ini, tidak pernah sekalipun kepimpinan negara ini berubah polanya. Walaupun negara ini pernah menghadapi MAGERAN, namun Barisan Nasional masih menerajui negara.

Kita semua memilih dan mengundi calon pilihanraya kita dari sekumpulan orang-orang (wakil) yang menamakan (menzahirkan) diri mereka untuk menjadi calon. Walaupun setelah sekian lama, kita (rrakyat Malaysia) masih tidak pandai untuk memilih. Walaupun calon yang diletakkan untuk pengundian itu terkenal kerana KAYU, KAKI RASUAH, KAKI PEREMPUAN, SETAN dan sebagainya, namun ramai daripada kita memilih calon seperti ini.

Memang, orang Malaysia tidak pandai membuat pilihan. Mereka suka memilih calon yang popular (walaupun terkenal sebagai kaki rasuah, gedebe, kaki pukul, kaki perempuan, setan dan lain-lain lagi) berbanding dengan calon-calon yang bersih (adil, bijaksana, terpelajar, alim-ulama dan sebagainya).

Pernah ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa golongan alim-ulama tidak pandai mentadbir dan memerintah. Tetapi biasalah, semua ini tidak pernah dibuktikan secara ilmiah. Hanya ada cakap-cakap kosong.

Jadi bila berlakunya kes-kes rasuah, jenayah dan sebagainya yang melibatkan calon yang terpilih (ADUN atau Ahli Parlimen), maka dengan senangnya ianya dikaburi (digelapkan atau dibersihkan) oleh rakan-rakan sejenayah mereka dengan menggunakan pelbagai undang-undang atau akta termasuklah ISA dan OSA.

Tindakan kita mengundi dan memilih calon-calon pilihanraya adalah seperti “Mengharapkan pagar menjadi keselamatan padi, akan tetapi pagar yang memakan padi”. Contoh utama yang boleh dilihat ialah jika rasuah berlegar didalam UMNO/BN maka ianya bukan dibawah kuasa BPR.

Malah BPR pula diletakkan dibawah kuasa JPM. Jika berlaku Menteri yang curang/rasuah, maka tindakan tidak semestinya akan dijalankan. Jadi apa yang anda hairankan jika Ketua Pengarah BPR Perak sendiri menjadikan Dato’ Seri Rafidah Aziz sebagai idolanya.

Kaki rasuah boleh pula dijadikan idola Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah. Bahaya sungguh situasi ini

2 Comments »

  1. sangkuriang said,

    propaganda, melaung-laungkan ekonomi negara amat cantik, memang tiada titik berhenti. segala sumber kita dapat dtg dari mana? kebanyakan drp kita akan terus dieksplotasi oleh sumber ini. berapa orangkah drp kita yang dapat menilai sumber itu. sama ada reliable atau sebaliknya? entah bila akan berakhir, orang kita akan terus dipermainkan atas ungkapan -mahu menjaga maruah, begitu, begitu dan begitulah akhirnya.

  2. Ketua Perusuh said,

    Media digunakan sepenuh hati. Agensi kerajaan semua sekali digunakan untuk kepentingan parti. Itulah masalah utama yang membelenggu kita. Seharian kita dihidangkan dengan propaganda.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: