9 February, 2007

Biar Betul!!!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:53 am by Ketua Perusuh

Kelmarin Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa rezab Petronas sebenarnya ada banyak sehinggakan boleh menjanakan pembangunan berskala besar hasil dari keuntungan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Saya bukanlah peminat Tun sebab sejak dari dahulu lagi memang saya kurang suka akan Tun. Namun Tun adalah bekas PM yang paling berjaya mengubah minda rakyat Malaysia dan ekonomi Malaysia.

Katanya lagi rezab tersebut telah mencecah sehingga RM86 bilion. Rezab yang sebanyak ini boleh menjanakan satu senario kewangan negara yang kukuh jika ditadbirkan dengan baik. Memang kita semua sedia maklum bahawa di bawah pemerintahan Tun dahulu, banyak wang negara dibazirkan. Namun kegiatan ekonomi dan pembangunan adalah rancak. Malah banyak pelabur asing yang melabur di dalam negara dan membuka perniagaan serta kilang mereka disini.

Kini dalam keadaan rezab negara yang tinggi, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pula mengatakan bahawa negara ini tidak punya wang yang banyak. Disebabkan oleh itu maka harga bahan mentah seperti minyak dinaikkan untuk kononnya menampung subsidi kerajaan.

Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya tidak mengetahui akan apa yang dituturkatakan olehnya. Dia hanya menyampaikan kembali apa yang diberitahu kepadanya oleh para penasihatnya. Semua rakyat Malaysia yang prihatin tahu akan perkara ini. Namun seperti biasa, para penasihatnya akan menggunakan semua media untuk menghebahkan akan kehebatan dan kepandaian PM itu. Abdullah Ahmad Badawi memang tidak pandai mentadbir. Banyak pihak yang memang tahu.

Bagi sesiapa yang berada di Shah Alam, mereka sedia tahu bahawa Kilang Matsushita TV (MTV) telah ditutup operasinya tahun lalu atas sebab kelembapan ekonomi. Bayangkanlah bagaimana satu ketika dahulu Kumpulan Syarikat Matsushita Electric adalah antara pelabur asing paling besar di Malaysia diawal tahun 1980’an.

Mengapa mereka melabur di Malaysia? Tentunya kerana dua perkara. Pertama ialah Dasar Pandang Ke Timur yang dipelopori oleh Tun. Keduanya ialah kekuatan ekonomi dan kos buruh yang agak baik untuk pelabur. Tapi kini apa yang telah terjadi? Ekonomi makin merudum. Sedangkan penasihat PM mengatakan pertumbuhan ekonomi akan kekal stabil pada 5.8 peratus. Ini semua peratusan atas kertas.

Cuba anda lihat disekeliling anda. Mana perginya semua syarikat besar yang dahulunya memangkinkan pertumbuhan ekonomi negara ini? Ramai yang sudah “tutup kedai” atas alasan ekonomi yang kurang stabil. Tapi sebenarnya mereka semua pergi ke negara lain seperti Thailand, China, Taiwan malah ada yang membuka kilang dan perniagaan mereka di Vietnam.

Apa sudah jadi dengan ekonomi Malaysia sebenarnya? Anda nilaikanlah sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: