7 February, 2007

Wa Tipu Sana, Wa Tipu Sini,

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:51 pm by Ketua Perusuh

“Memang gua suka tipu sana sini, kalau gua punya bisnes talak tipu mana muleh cari makan ooo…”

“Lu ingat sinang ka mau untung bisnes? Gua kena kasi wang sama gomen punya olang ooo…”

“Kalau tilak aaa… itu gomen punya olang tak mau kasi kontlak la…” “Ini butut punya cilita ooo… Talak picaya aaa.. Lu tanya semua kontlaktor la….”

Rata-rata itulah senario yang kita boleh lihat dan dengar dari perbualan dengan mana-mana kontraktor yang mendapat projek dari Kerajaan sama ada dari PBT mahupun yang lebih besar lagi. Malah semua kontraktor ini hanyalah sub kontraktor kepada kontraktor utama yang mendapat projek tersebut.

Boleh dikatakan banyak projek yang diserahkan untuk disiapkan oleh pihak kerajaan gagal ataupun siap separuh. Mana tidaknya, kalau projek yang bernilai RM50 juta dinaikkan harga tendernya menjadi RM100 juta hanya kerana ada pihak yang mahu mengaut keuntungan pada tender tersebut. Sesudah itu projek tersebut diserahkan kepada sub kontraktor untuk disiapkan pada harga RM25 juta.

Jadi bagaimanakah kualiti projek tersebut? Adakah ianya berkualiti RM50 juta ataupun RM25 juta? Jika projek tersebut mengalami masalah dari segi keselamatan mahupun kualiti sesudah disiapkan, berapa pula harga kos pembaikpulihan yang akan dikenakan? Siapa yang akan membayar harga pembaikpulihan tersebut?

Sub Kontraktor? Kontraktor Utama? Kerajaan? …. Sudah pastinya pihak kerajaan akan menanggung kos pembaikpulihan?

Dari mana datangnya duit baikpulih ini? Tentunya dari kantung negara.

Siapa yang bayar? Kita…. Rakyat Malaysia.

Siapa yang untung disini? Sub Kontraktor? Kontraktor Utama? Pemberi Tender? Kerajaan? Kontraktor pembaikpulih? ….. Tentunya yang paling untung ialah Pemberi Tender. Mana tidaknya, jika ianya ditender kembali kepada kontraktor pembaikpulih, maka pemberi tender akan untuk sekali lagi. Untung atas angin.

Jadi siapa sebenarnya “mangkuk ayun” ini? Siapa lagi… itulah semua pemimpin yang anda pilih, anda letakkan, anda undi masa pilihanraya yang lalu. Jangan marah mereka, marahlah diri anda sendiri.

Bila Menteri Kewangan Kedua membangkitkan isu kontraktor “hampeh” ini, sebenarnya ianya hanyalah agar kita semua mengiyakan apa sahaja tindakan yang kononnya kontraktor ini lakukan. Sedangkan musuh (malaun) sebenar ialah mereka-mereka yang dipuncak kuasa ini.

Ayohlah. Mari kita buat perubahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: