6 February, 2007

Pembelotan (Treason)

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:04 am by Ketua Perusuh

Undang-undang berkaitan dengan pembelotan (treason) memang ada dalam mana-mana negara berdaulat di seluruh dunia. Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali dalam mewartakan undang-undang berkaitan dengannya.

Jika terdapat mana-mana individu atau rakyat yang didapati bersalah membelot, mereka boleh didakwa dan seterusnya dijatuhkan hukuman yang membawa natijah maut. Semua pembelot biasanya akan dijatuhkan hukuman bunuh sama-ada digantung, dipancung mahupun ditembak.

Undang-undang tidak mengenal siapa, darjat mahupun pangkat. Namun di Malaysia ini, sekiranya yang membelot itu adalah para pemimpin ataupun mereka-mereka yang memegang kuasa, maka biasanya tiada tindakan undang-undang pembelotan (treason) ini yang dihukumkan kepada mereka ini.

Ini kerana, mereka-mereka ini (para pemimpin, sanak saudara ataupun pemegang kuasa) boleh pula menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungkan rahsia pembelotan mereka daripada diketahui umum. Malah Mahkamah juga tidak boleh membuka mana-mana dokumen yang telah diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi ini.

Begitu hebatnya pengkhianat ini menggunakan semua saluran atau akta serta undang-undang untuk menyelamatkan mereka dari dikenakan tindakan. Jika undang-undang dan mahkamah telah diperkudakan oleh mereka (pengkhianat) ini, maka apalah lagi yang tinggal untuk kita sebagai rakyat Malaysia gunakan untuk menghukum mereka (pengkhianat) ini atas hukuman pembelotan (treason).

Kita cuma boleh gulingkan mereka-mereka ini dan jika berjaya barulah kita boleh menghukum mereka dibawah akta pembelotan. Tapi bolehkah kita semua membuat perubahan ini? Adakah kita semua masih takut dan bersikap tidak apa? Kalau beginilah sikap kita semua, amat malanglah negara ini yang mempunyai rakyat yang penakut (kecut) yang akhirnya akan menyebabkan kedaulatan negara ini tercemar dan seterusnya dijajah dimasa akan datang.

Ayoh, marilah kita berubah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: