5 February, 2007

Akta Rahsia Rasmi (OSA)

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:15 am by Ketua Perusuh

Kita semua sedia maklum bahawa ujudnya akta ini dalam usaha mengekang penyebaran maklumat yang berkait-rapat dengan keselamatan dan kedaulatan negara. Akta Rahsia Rasmi (OSA) dibentuk dan digubal demi menjaga kerahsiaan maklumat negara dari bocor kepada musuh atau negara asing.

Namun akta yang sama kini digunakan untuk menghalang rakyat mendapatkan maklumat yang berkait dengan kehidupan mereka sehari-hari. Akta ini kini digunakan untuk menyelamatkan kebocoran maklumat salah laku, rasuah dan juga penyalahgunaan kepentingan dalam kerajaan.

Adalah tidak wajar sama sekali Akta ini digunakan untuk melindungi unsur-unsur rasuah dan salahlaku para pemimpin kita malah sehinggakan urusan konsesi dan perjanjian perniagaan pun diklasifikasikan dibawah OSA.

Jika pihak kerajaan (atau pemimpin) tidak telus dalam urusan pentadbiran, rakyat berhak untuk mendapat maklumat dan seterusnya menghukum atau mengambil tindakan untuk menyelamatkan kerajaan dan negara dari menghadapi masalah. Oleh itu wajarlah kiranya Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji semula dan tidak dieksploitasikan oleh para pemimpin yang korup dan rasuah serta menyeleweng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: