4 February, 2007

Betapa Lembabnya Pemikiran Kita???

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:29 am by Ketua Perusuh

Warga Malaysia memang boleh diklasifikasikan sebagai lembab pemikiran. Mana tidaknya, walaupun kita mengakui bahawa sistem pemberian tender di Malaysia penuh dengan rasuah dan “tumbuk rusuk” namun kita masih menyakini apa sahaja tindakan para pemimpin kita mengenai sistem pemberian tender ini.

Walaupun telah banyak projek-projek yang telah dijahanamkan (tidak siap malah merbahaya kepada pengguna) telah diserahkan kepada “kontraktor-kontraktor atas angin”, kita masih membiarkannya tanpa banyak bicara.

Semalam, Menteri Kewangan Kedua (Nor Mohamed Yaakop) telah mendedahkan bahawa banyak “kontraktor atas angin” yang mendapat projek yang ditenderkan ataupun diberikan secara terus kepada mereka sedangkan mereka tidak berkemampuan untuk menjalankan projek tersebut.

Menteri Kewangan Kedua bertindak seperti “kera menegur tahinya”. Perkara ini sepatutnya ditangani oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). BPR seperti tiada kuasa kerana kebanyakan kontrak-kontrak ini diserahkan kepada orang-orang yang berkait rapat dengan pemimpin malah pemimpin ini sendiri yang menyerahkan kontrak tersebut.

Mana mungkin BPR akan menyiasat pemimpin ini kerana pemimpin ini diatas segala kuasa. Malah BPR telah dikudakan sekian lama. Jika rakyat meminta didedahkan segala dokumen perjanjian atau pemberian tender, maka dikatakan oleh pemimpin ini bahawa semua dokumen adalah dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Ini bermakna pemimpin ini menggunakan OSA untuk menyembunyikan semua kegiatan salah laku dan rasuah mereka.

Jika rakyat inginkan pemerintahan atau pimpinan yang telus, buangkanlah segala kepala yang membusuk dalam institusi kerajaan. Lagi lama dibiarkan, lagi lama ia mereput. Ubahlah dan jangan biarkan perasuah memimpin kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: