8 March, 2009

Bahasa Kebangsaan Bahasa Ilmu

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi tagged , , at 1:16 am by Ketua Perusuh

Tahniah saya ucapkan atas keperihatinan semua pihak yang bersama-sama menjayakan Perhimpunan 100.000 umat GMP (anti-PPSMI) semalam. Alhamdulillah, dalam kesempatan yang terbatas, saya mampu menghadirkan diri dicelah-celah para pejuang Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) demi memperjuangkan martabat dan keperluan Fasal 152 Perlembagaan Malaysia kekal malah diperbaiki demi kesinambungan wacana ilmu dan kehendak warga Malaysia.

Sejak PPSMI dilaksanakan, saya telah menjelajah terlalu banyak kawasan luar bandar (terutamanya di pantai timur) dan menjengah beberapa sekolah rendah demi untuk melihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku diperingkat sekolah. Hampir 99% pelajar sekolah rendah dikawasan luar bandar dilihat tercicir dari menguasai ilmu Matematik dan Sains hasil dari perlaksanaan PPSMI.

Saya mendapat pendidikan awalan didalam bahasa penjajah (Bahasa Inggeris), namun begitu jiwa saya begitu kental untuk memastikan bahawa Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tetap menjadi pilihan utama dalam pencernaan ilmu.

PPSMI ini sebenarnya bertujuan mematikan usaha untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) menjadi bahasa ilmu. PPSMI ini saya klasifikasikan sebagai “Tiga Kebodohan” atau “Tiga Kedunguan”.
Jika sebelum perlaksanaan PPSMI, seorang pelajar mungkin akan lemah hanya dalam salah satu daripada 3 matapelajaran (Bahasa Inggeris, Matematik atau Sains) namun setelah perlaksanaan PPSMI, seorang pelajar mungkin akan lemah dalam ketiga-kita matapelajaran secara serentak hasil dari kelemahan beliau menguasai Bahasa Inggeris.

“Tiga Kebodohan” atau ‘Tiga Kedunguan” inilah yang terpaksa kita hadapi sekiranya Kementerian Pelajaran (Pendidikan?) bertegas untuk terus melaksanakan PPSMI. Pernah saya menulis mengenai sikap banyak pihak di Kementerian Pelajaran (Pendidikan?) yang berterusan mengeluarkan idea-idea baru tanpa kajiselidik dan perbincangan yang menyeluruh. Terlalu banyak pihak yang angkuh di Kementerian Pelajaran (Pendidikan?) yang sebenarnya mencacatkan seluruh institusi berkenaan. Setiap kali bertukar Menteri Pelajaran (Pendidikan?), setiap kali itu jugalah seluruh polisi dan gagasan serta wawasan Kementerian bertukar tanpa perancangan kukuh.

Malah golongan pendidik, ibubapa dan para akademik tidak pernah diambil kira pandangan sebelum sesuatu resolusi atau idea diterapkan kedalam sistem pendidikan negara. Nampaknya mereka ini amat suka bereksperimen sehinggakan caca-marba sistem pendidikan negara. Sikap terlalu bereksperimen inilah yang sebenarnya menjadi duri dalam daging yang jika dihalusi sebenarnya menguntungkan pihak-pihak yang berkepentingan (penerbit buku teks, penyedia bahan dan sebagainya) yang menjadi dedalu kepada Kementerian Pelajaran (Pendidikan?)

Kita boleh lihat insiden yang melibatkan beberapa juta wang rakyat hangus apabila pengenalan modul pengajaran berasaskan multimedia (kecoh sekitar 1996 dan 1997) sedangkan hasilnya masih tidak dapat dilihat dengan berkesan disekolah-sekolah setelah lebih 10 tahun diusahakan. Para pendidik rata-ratanya memilih untuk membuat pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dengan menyuntik sedikit elemen yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi pendidikan.

Jika kita lihat rata-rata warga Malaysia yang berumur sekitar 30 tahun keatas biasanya boleh berkomunikasi didalam Bahasa Inggeris sedangkan mereka dahulu belajar menggunakan sistem KBSR fasa pertama yang mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Terlalu ramai para jurutera, peguam, akauntan, pakar komputer dan para professional lainnya yang fasih berbahasa Inggeris sedangkan mereka terdidik didalam bahasa pengantar Bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, maka bukanlah penggunaan Bahasa Kebangsaan itu mengekang pelajar daripada menguasai ilmu melainkan ianya adalah pemudahcara bagi para pelajar mencerna ilmu. Bahasa Inggeris hanyalah bahasa kedua yang sepatutnya boleh dikuasai dengan mudah oleh mana-mana pihak walaupun beliau menuntut ilmu dalam Bahasa Kebangsaan.

Janganlah biarkan pelajar kita mengalami sindrom “Tiga Kebodohan” atau “Tiga Kedunguan”.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

41 Comments »

  1. ian said,

    mmg benar kata saudara, sindrom tiga kebodohan itu yang semakin mencengkam pelajar-pelajar melayu.saya adalah diantara ribuan pelajar yg menjd kajian PPSMI pada tahun 2003.dan saya sendiri telah mengajar anak-anak melayu yg mengalami kesusahan dlm memahami setiap terma-terma dalam bahasa inggeris.

    ianya bukan semudah yg disangka bg pelajar luar bandar terutamannya.

  2. hadi said,

    anda semua adalah pengkhianat bangsa..anda semua terlalu jumud..kesimpulan anda hanya berlegar dari sesetengah sudut dan lebih ke arah pemikiran yg negatif..jgn terlalu menyalak sedangkn kita yg tertekan..woi pengkhianat bangsa buka kn sdikit otak yg dikurniakan ALLAH,sudahla buku2 rujukan bahasa melayu kurang,terutama dlm bidang teknikal..sudah la terma yg digunakan berbeza sehinggakn dlm bahasa melayu pn xda..pa benda tah yg di buat oleh DBP,GAPENA DAN NGO BAHASA MELAYU selama ini????jgn jd bebal ianya diajar pada sains dan matematik sahaja IAITU ASAS KEPADA TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL..anda semua tidak menulis pulak kelemahan pelajar luar bandar yg gagal menguasai b.inggeris di IPTA??selain 2 penganguran juga ada dikaitkn kerana siswazah gagal menguasai b.inggeris??jadi klu boleh klu nk beri ksimpulan pkai otak bukan lutut..

    KENAPA LAH BANGSA AKU DI SURUH MERANGKAK SETELAH BERLARI

  3. daun kering said,

    Sebenarnya bukan sekadar tiga kebodohan.. ia lebih daripada tiga, kerana matapelajaran gugusan sains juga diajar dalam bahasa inggeris seperti kimia, fizik dan biologi. Apa yang terjadi kepada tulisan jawi akan terjadi kepada bahasa Melayu kira-kira 20 tahun lagi, jika dasar ini tidak ditukar.

    Tahniah kepada pecinta-pecinta bahasa yang turun ke Kuala Lumpur pada 7 Mac. Saya juga turut serta menyelit dan berarak ke istana walaupun gagal akibat diserang oleh polis (barua BN).

    Kepada Hadi… saya adalah hasil daripada sistem aliran bahasa kebangsaan sehingga peringkat sarjana (master). Saya bersekolah rendah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (sarjanamuda dan sarjana) dalam bidang sains. Saya tiada apa-apa masalah untuk mengungkapkan konsep-konsep sains dalam bahasa Melayu. Sebenarnya andalah yang berkhianat kepada bangsa. Saya pasti dan yakin anda adalah penyolong UMNO yang tiada akal fikiran yang hanya tahu menjadi penjilat bontot pimpinan UMNO.

  4. ultra said,

    ‘Kita semua ada lah hamba kepada sistem pendidikan yang dipolitikan dan dikomersilkan’ itulah terjemahan komen seorang rakan saya dari Australia. Saya sangat bersetuju dengan beliau bila dikaitkan dengan PPSMI, kerana

    1. Di politikan;

    Benarkah ia berjaya? Ia berjaya bila semua keputusan peperiksaan awam di ‘tailor cut’. Keputusan peperiksaan jika diterjemahkan dalam bentuk graf normal, ia jadi abnormal, bila bilangan mendapat ‘A’ terlalu ramai timbul soalan, ia ke? Cerdik sungguh ke budak-budak sekarang? Budak tak cerdik yang cerdiknya ahli-ahli politik. Kurikulum sentiasa diubah supaya mudah. Kalau tak percaya buat perbandingan Sukatan Pelajaran 5, 10, 15 , 20 tahun yang lalu dan kini. Apa tujuannya?

    2. Dikomesilkan;

    Lihat keputusan peperiksaan awal 2000 bilangan murid cemerlang terlalu ramai, ia ke murid-murid tu cemerlang? rupa-rupanya tanpa kita sedari bilangan yang IPTS yang diluluskan sangat banyak. Kemana anak-anak kita pergi jika IPTA tidak cukup menampung, IPTS le mana lagi, kerana keputusan peperiksaan anak-anak ‘cenerlang’ ibu-bapa bergolok bergadai menghantar anak ke IPTS yang tumbuh macam cendawan.

    PPSMI ada lah lembu betina yang susunya senang diperah;

    a. Makmal komputer yang harga asal mencapai RM200000 sebuah bila sampai ke tangan sub hanya tinggal RM80000. (Patutlah roboh)
    b. Membekal komputer kesekolah agak-agaknya berapa juta pembekal untung dengan software yang tidak sesuai kerana tidak dibuat oleh guru-guru.
    c. Peralatan Sains yang dibekal oleh siapa pun pihak sekolah tak tahu, kerana bila ada kerosakan nombor telefon yang diberi pembekal adalah kedai Plastik di Pudu (tuan punya kedai terperanjat bila menjawab telefon) Sekolah dipaksa membeli, walau pun salah dari peraturan kewangan.

    Soalannya; PPSMI ni baik untuk siapa?

  5. pt-91 said,

    dulu sekejap kata nak memartabatkan bahasa melayu ke luar negara nak mengantarabangsakan b melayu

    tapi ada pula bijak pandai yg mencadangkan agar kesusasteraan melayu diajar dalam b. inggeris..

    bercelaru sungguh….
    nilah dikatakan sesetengah orang.. yang bodoh tak boleh diajar yang bijak tak boleh dipakai dan semuanya ini terpalit, terlekat, terkena pada orang melayuuuu.. juga

    lepas ni disarankan kpd omputih atau bangsa apapun yg datang kat malaysia kalau nak bertutur ngan kita orang mestilah berbahasa melayu…
    sebabnya kalau kita pegi negara diaorang mestilah kita kene bertutur dalam bahasa mereka jadi tak salah kalau kita suruh diaorang berbuat demikian juga

    lagi pun omputih ni bukannya bodoh pun…
    sebelum diaorang datang kat malaysia atau mana2 tpt diaorang dah periksa tpt tersebut melalui google earth atau wikimapia selain buat rujukan melalui agensi pelancongan atau kedutaan malaysia…
    apabila diorang dah sampai kat sini dah tentu diorang cari kedai buku utk beli map dan kamus terjemahan…

    jadi kita sebenarnya tak perlu bimbanglah kalau diorang tersesat yang sebenarnya tak tersesat pun….. maklumlah traveler katakan…

    melainkan orang melayu yg tersesat di bumi sendiri..
    PULAK…….

  6. Cucu Panglima Gente said,

    Salam tuan,

    Permulaan,

    Bad adviser – baik Raja/sultan atau pembesar-pembesar melayu.

    Kenapa majoriti mengatakan PPSMI gagal ?
    dan kenapa apa sahaja yang dilakukan oleh umno/bn majoriti rakyat marah dan akhirnya menemui kegagalan ?

    Pandangan saya yang naif ialah :
    Apabila apa saja polisi,dasar yang ingin dilaksanakan bertitik tolak dari untung dan rugi maka inilah akibatnya.
    Maksud saya ialah wang/duit.

    Kalau tak salah saya MCA berjaya dengan kementerian pengangkutannya.
    UMNO mencuba dengan kementerian pelajaran.
    MIC dengan kalat-kalatnya.

    Perhatikan menteri disesuatu kementerian.
    Kalau boleh buat duit,diperahnya/dijarah.

    Duit punca segalanya.Budaya yang ditanam oleh UMNO/BN dizaman Mahathir.

    Bertitik tolak dari duit :
    Pelajaran/pendidikan diniagakan,
    Pertahanan diniagakan,
    Kesihatan diniagakan,
    Akan timbul maincon,subcon,komisen dikalangan kroni.
    Kepalanya ialah Mahathir !!!

    Malang sekali apabila Raja/sultan dan pembesar-pembesar melayu pun berniaga

    Apabila ekonomi runtuh,apa untungnya segala dasar dan polisi ini ?
    Apakah duit segalanya dalam kehidupan ?

    Contoh :
    PTPTN, ibu-bapa menghulurkan tengkuk anak-anak kelubang neraka.
    Kenapa ?
    Tidak ada satu dalil/nas untuk menghalalkan bunga/riba.
    Malangnya ia adalah idea dari tuan penasihat kementerian pelajaran/UMNO/KERAJAAN-ketuanan melayu islam.

    Apabila duit mendahului segalanya,maka hati dah tak peduli halal haram.
    Tak nampak jalan kebenaran,malang lagi apabila digelar buta hati.
    Saya kira kita semua tahu apa peranan hati dihadapan Allah s.w.t.

    Pengalaman :
    Primary – GES (Goverment English School) diubah menjadi Sultan Yussuf English School Batu Gajah,Perak.English Medium

    Peringkat Sekolah Menengah Rendah-Sekolah Menengah Rendah.Malay Medium-LCE

    Secondary-Balik semula ke Sultan Yussuf.English Medium.-MCE

    Lihatlah betapa rosaknya sistem pendidikan malaysia akibat tangan kotor orang-orang politik khususnya UMNO/BN.

    Pengalaman kerja :
    Tarikh tepat sudah lupa,sekitar tahun 1983-1984.
    Ada tugas dikedutaan CHINA Jalan Ampang.
    Mulanya bertutur dalam bahasa inggeris dengan duta tersebut.
    Tiba-tiba saya terperanjat apabila beliau mengubah bahasa komunikasi kepada bahasa melayu.
    Akhirnya berbuallah saya dengan beliau dengan menggunakan bahasa melayu dengan fasihnya.
    Saya bertanya dari mana beliau belajar bahasa melayu ?
    Beliau berkata,bahawa beliau bertugas di Indonesia selama hampir 25 tahun sebagai duta.Kemudian ditugaskan ke Malaysia.

    Kesimpulannya :
    Kemana hendak kita bawa bahasa inggeris ?
    Bila waktunya kita guna bahasa inggeris ?
    Sudah ditetapkan keupayaan masing-masing.
    Semua rakyat hendak berjumpa orang putihkah ?

    Soalan bodoh/logik :
    Mat Bangla/nepal belajar bahasa inggeris melalui sains dan matematik ?
    Soalan ini berdasarkan tenaga kerja atau upah buruh.

    Tepuk dada,tanya selera.

    PPSMI inilah salah satu kenapa orang melayu beralih arah dan meninggalkan UMNO dalam pilihanraya yang berlalu.
    Salah seorangnya adalah saya dan kawan-kawan yang lain yang begitu fanatik terhadap UMNO sebelum ini.
    Juga teknologi internet/cyber mengubah persepsi terhadap UMNO.
    Pernah suatu ketika sekitar awal tahun 90′an,saya berkata kepada kawan-kawan.
    “Internet akan menjadi satu senjata yang akan menjerut tengkuk Mahathir dan UMNO/BN”
    Percayalah!!! kata saya cuba meyakinkan mereka.
    Akhirnya,terbukti sudah.

    Tuan bayangkan line-up MT UMNO dengan generasi muda sekarang.
    Dari segi umur sahaja sudah begitu jauh.Inikan pula dari segi idea.
    Tak salah saya katakan bahawa AUKU juga telah membunuh idea-idea anak muda kearah pembangunan negara dari apa segi sekalipun.
    Menteri UMNOlah yang membunuh cita-cita bangsa melayu.
    Akta Darurat,
    ISA,
    OSA, dan bemacam-macam lagi.

    Akhir kalam “Biarkan Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya”

    Terima kasih,

  7. nazmi said,

    Jika hujah kementerian pelajaran adanya peningkatan dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam keputusan peperiksaan pmr dan spm boleh menjadi satu faktor merestui dasar ini, maka

    Apa yang saya mahu persoalkan ialah

    1) ia tidak boleh dijadikan ukuran oleh kerana pelajar diberi pilihan dwibahasa. Cuba lihat adakah pelajar luar bandar lebih berminat menjawab dalam Bahasa Inggeris. Saya kira pelajar melayu di bandar juga hanya segelintir yang menjawab dalam bahasa inggeris . Yang banyak menjawab dalam bahasa inggeris adalah orang- orang cina dan india di bandar- bandar.

    2) bukankah gred lulus dalam apa2 peperiksaan baik upsr, pmr dan spm ditentukan oleh kementerian pelajaran. Saya mendapat maklumat gred lulus dan score direndahkan untuk membuktikan dasar ini berjaya

    DASAR MERITROKASI YANG DIPERKENALKAN TUN MAHATHIR

    1) Apakah kesan dasar mengginggeriskan Sains dan Matematik terhadap peluang kemasukan pelajar melayu ke IPTA teruatama bagi kursus- kursus kritikal sains dan teknologi ?

    Didapati pelajar melayu terutama pelajar luar bandar terbukti lemah dalam bahasa inggeris. Manakala pelajar india dan cina lebih jauh ke hadapan dalam menguasai bahasa inggeris.

    Bukankah dasar ini secara tidak langsung dalam jangka masa pendak dan panjang ia akan mengurangkan peluang pelajar melayu untuk memasuki IPTA.

    Akibatnya kita akan kekurangan jurutera, juruukur, arkitek, doktor, ahli farmasi dan sebagainya berbangsa melayu jika dasar ini diteruskan seterusnya hasrat untuk membaiki kehidupan luar bandar melalui kecermelangan pendidikan mungkin juga akan terbantut

    SILA AMATI APA YANG PROF UNGKU AZIZ KATA

    Saya kira majoriti rakyat Malaysia menghormati pandangan Prof Diraja Ungku Aziz sebagai cendiakawan terunggul negara kita.

    Profesor Diraja Ungku Aziz pernah menyebut pada awal- awal penubuhan asasi UM ( pusat persediaan sebelum ijazah), bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu.

    Apa yang menariknya menurut pak Engku Aziz, bekas graduan pada tahun- tahun awal penubuhan asasi UM majoritinya pada hari ini berpendapatan melebihi RM 45, 000. 00 sebulan. Ia adalah satu angka lumayan pendapatan seorang profesional di Malaysia.

    Bukankah ini membuktikan dasar pembelajaran dalam bahasa melayu merupakan satu kejayaan. Ia juga jelas membuktikan bahasa melayu adalah satu bahasa yang sesuai dijadikan bahasa pengantar bagi mata pelajaran sains dan matematik.

    Seterusnya mari kita lihat hasrat dan tujuan penubuhan UKM. UKM diilham dan ditubuhkan atas semangat mendaulatkan bahasa melayu di negara kita. Oleh kerana itu hingga hari ini UKM masih menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar termasuklah bagi kursus- kursus kritikal dalam bidang sains dan teknologi seperti kejuruteraan, perubatan, farmasi, optometris dan seumpamanya.

    Soalan yang harus kita tanya, adakah graduan UKM dalam bidang sains dan teknologi seperti jurutera, doktor, ahli farmasi tidak laku di pasaran kerja ????

    Saya kira dalam bidang perubatan dan sains kesihatan bersekutu, UKM adalah antara 3 IPTA terbaik di Malaysia.
    Soalan yang sama kita tanya mengenai pelajar- pelajar UiTM secara jujur yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Saya kira berdasarkan maklumat dari banyak sumber – sumber sahih, graduan UiTM adalah graduan yang paling tinggi penganggurannya termasuklah graduan dalam bidang kejuruteraan.

    Mengenai memeperkasakan bahasa inggeris. Apabila saya mengajukan soalan kepada pakar- pakar bahasa inggeris bagaimana kita mahu memperkasakan bahasa inggris anak- anak kita dan apakah pengenalan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris membantu pelajar- pelajar kita menguasai Bahasa Inggeris.

    Beliau akui ia membantu tapi ” ia tidak banyak menyumbang untuk menguasai bahasa inggeris”. Tambah beliau lagi, cara terbaik adalah dengan memperkasakan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Ia boleh dilakukan melalui pengenalan sastera Inggeris bermutu tinggi. Kaedah lain pula yang boleh digunapakai adalah dengan mewajibkan pelajar- pelajar ini membaca bahan bacaan inggeris tetapi bahan bacaan tersebut hendaklah bahan bacaan yang mereka sukai. Beliau turut bersetuju bahawa PPSMI itu hanya akan membahayakan masa depan pelajar- pelajar terutama mereka yang mendapat pendidikan di sekolah biasa luar bandar.

    CUBA ANDA LIHAT NEGARA- NEGARA MAJU

    JEPUN

    Jepun menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar pendidikan. Walaupun begitu, Jepun cukup dikenali seantero dunia dengan penghasilan ciptaan- ciptaan baru terutama dalam industri elektronik. Sebut sahaja jenama – jenama seperti Toyota, Honda, Nikon, Sharp, Toshiba, Mitsubishi, Daihatsu dan Suzuki. Semuanya ditulis ” made in Japan “.

    JERMAN

    Jerman juga menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar. Bahkan di peringkat pengajian tinggi sekalipun, bahasa ibunda dikekalkan sebagai bahasa pengantar. Untuk itu pelajar negara- negara lain yang berkeinginan menuntut pelajaran di Jerman perlu terlebih dahulu mempelajari bahasa Jerman. Walaupun begitu, Jerman dikenali senatero dunia sebagai negara maju dan adalah sebuah negara yang cukup hebat dalam industri automatif. Lihat sahaja jenama- jenama hebat seperti BMW, Volkswagen, Jaguar, Volvo, AUDI , Mercedes Benz, Brabus dan lain- lain. Semuanya adalah kereta ” made in German “.

    PERANCIS

    Perancis sama seperti Jepun dan Jerman menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar baik pendidikan rendah hinggalah pendidikan tinggi. Malahan jika anda berada di Perancis, anda akan mendapati rakyat Perancis adalah rakyat yang anti bahasa Inggeris. Walaupun begitu, Perancis juga tergolong sebagai sebuah negera maju. Malaysia juga membeli kapal selam daripada negara Perancis. Jenama kereta terkenal seperti Renault, Peugeot dan Citreon adalah kereta buatan Perancis.

    KOREA

    Koera adalah sebuah negara mundur dan berada di belakang Malaysia pada tahun – tahun sebelum 1960. Namun begitu, mereka berjaya mengatasi Malaysia dalam masa yang cukup singkat. Sama sebagaimana Jepun, Jerman dan Perancis, Korea juga menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dari peringkat pendidikan rendah hinggalah pendidikan paling tinggi. Malah Universiti Seoul iaitu antara 10 universiti terbaik di Asia turut menggunakan bahasa ibunda korea sebagai bahasa pengantar. Jenama- jenama popular seperti Samsung, LG, Hyundai, KIA, Ssangyong adalah sebahagian jenama Korea yang cukup dikenali seantero dunia bahkan di Amerika Syarikat sekalipun.

    TAIWAN

    Taiwan adalah sebuah negara yang pada hari ini cukup dikenali dalam bidang teknologi maklumat dan perfileman. Sebut sahaja jenama- jenama seperti Acer dan Asus, pasti mana- mana penduduk seantero dunia cukup mengenalinya. Acer dan Asus adalah syarikat teknologi pembuat komputer terunggul di dunia dimiliki dan diasaskan rakyat Taiwan. Taiwan menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat rendah hinggalah peringkat tertinggi.

    MAKA,

    Sedarlah kita akan kerugian pakar- pakar dalam bidang kejuruteraan, perubatan, teknologi dan seumpamanya jika dasar ini diteruskan.
    Malanglah jika kita akan hilang pakar- pakar ini pada masa hadapan hanya disebabkan mereka gagal menguasai sains dan matematik sebaliknya hakikatnya mereka amat menggemari Sains dan Matematik.

    MANA- MANA HUJAH YANG KATA BAHASA INGGERIS UNTUK MATEMATIK DAN SAINS ADALAH BAIK ADALAH HUJAH ORANG- ORANG YANG TIDAK MELIHAT SATU- SATU PERKARA DENGAN PANDANGAN YANG JAUH DAN KEHADAPAN.

  8. nazmi said,

    SILA LAYARI BLOG SAYA

    http://WWW.MAHASISWAMALAYSIA.BLOGSPOT.COM

    ATAU

    MAHASISWAMALAYSIA

  9. antimainbontot said,

    Tahniah HADI, mungkin pemikiran anda sebahagian apa yang Tun M fikirkan..

    Tak boleh nak layan sangat pada dia orang ni.. rata-rata dah kufur nikmat dan tidak bersyukur dengan apa yg ada di Malaysia. Membesarkan perkara yang remeh. Dihasut oleh bapa penipu Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI)… maka tak heranlah pemikiran mereka kearah negatif sahaja. Bila mana meletakkan orang lain sahaja salah maka kecenderungan kepada budaya sesat telah menguasai mereka. Sama-samalah bertaubat!!!

  10. daun kering said,

    betul semua orang mesti bertaubat. Nabi pon bertaubat 70 kali sehari.

    UMNO hanya pandai suruh orang lain bertaubat, diri sendir bergelumang dengan dosa. Maulidu rasul sambut bagai nak rak, tapi ajaran rasul dipinggirkan.

    Kufur nikmat apa yang kau cakap ni?? UMNO yang kufur nikmat. Nikmat kuasa yang tuhan bagi dikufurkan.. hukum tuhan diperlekeh, dihina dan dikutuk. Siapa yang kufur nikmat?? UMNO la jawabnya..

  11. Cucu Panglima Gente said,

    salam tuan,

    Malaysia negara pengguna.

    Apabila elemen demokrasi dicengkam oleh kapitalis, tamadun apa yang hendak dibina ?
    Pendidikan ?
    Kesihatan ?
    Pertahanan ?

    Belilah satu barang berteknologi tinggi di Malaysia dan sila lihat manualnya.

    ALCATEL,MOTOROLLA,NEC,SONY(asal kepunyaan Amerika),ERICSSON,AT&T,RYOBI(asal Amerika),PHILIPS,…………….semuanya sampah yang dibawa masuk oleh Mahathir.

    Marconi(Italia) pernah menawarkan………
    malas nak tulis !!!
    pemecahan IC hampir-hampir dapat dilakukan oleh kumpulan pertama anak melayu.
    Mahathir mengubah polisi dari negara pencipta kepada negara sampah menggunakan teknologi US,JAPAN,TAIWAN,……………

    Apa nak heran pada bahasa !!!
    Jangan banyak makan telur ayam,nanti terbangak-bangak…!!!!!

  12. antu said,

    Ketua Perusuh
    Bekas Felo Kanan
    Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

    Anda masih di bawah TEMPURUNG!

  13. hotaklah said,

    entah ape2 tah ko org ni
    klu study kejuruteraan doktor byk yg inggeris, mane ade bahasa melayu
    tgklah berapa ramai dak2 kat ipta yg sengal bila terkejut beruk bila tgk formula dan nota2 bahasa inggeris

    ko org belaja pengurusan lain la… bahasa inggeris pun xdelah nota2 formula mcm matematik dlm bi…

    blaja cakap org putih lain daripada belajar bahasa teknologi dlm bhs inggeris

    jepun koera jerman france, mencipta teknologi sendiri….. tp kite mesia mane ade cipta teknologi sendiri… semua convert

  14. matamatik sains dalam bahasa inggeris tu bagus tapi alangkah bagus lagi penggukuhan mata pelajaran bahasa inggeris diperingkat sekolah.jadikan ia subjek wajib kepujian di setiap pepereksaan.biar semua pelajar dapat menguasai bahasa itu dalam pertuturan dan penulisan.selepasitu barulah diterap ke subjek sains dan matamatik.maka barulah boleh dibanggakan hasilnya.Ini seperti tergantung diawang2gan.peratuskeputusan di turunkan.demi nak mencapai target.

  15. SRI JAL said,

    BETUL KE ketua Perusuh INI Bekas Felo Kanan Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS ? PENDAPAT ANDA MACAM ORANG TAK BETUL AJE……

  16. antimainbontot said,

    DIA DENGAN PENASIHAT DIA SAMA JE. PEMBOHONG!!! YG ENKAU DAUN KERING TAK PASAL-PASAL ANTI DENGAN UMNO KENAPA??? KALAU TAKDE UMNO MEREMPAT LAH KAU. NAK HARAP KARPAL DGN KIT SIANG NAK BELA KAU??? SAMPAI MATILAH ENGKAU JADI DAUN KERING…. KAUPUN SAMA JE, JGN NAK MENAFIKAN UMNO DAH BANYAK BUAT DASAR YANG MEMBELA MELAYU… MEMANG KAU TU KUFUR NIKMAT.. DUDUK BAWAH TEMPURUNG, KEPALA OTAK PUN KERING

  17. antimainbontot said,

    DAUN KERING,

    WALAUPUN AKU BUKAN AHLI UMNO, TAPI AKU DPT BEZAKAN YANG MANA BUAT JASA DAN YG MANA TABUR JANJI…HABUKPUN TAKDE!!! KALAU NAK BUAT JASA TAK PAYAH TUNGGU AMBIL ALIH MALAYSIA, AKU DUDUK SELANGOR, APA KHALID BUAT, DUDUK BAWAH KETIAK DAP LAH!! ITUPUN KAU TAK SEDAR!! SAMPAI MATILAH ENGKAU JADI DAUN KERING!!!

  18. tak payah nak mempertahankan pendapat masing2lah.cubalah anda yang banyak memuji keberkesanan sistem pembelajaran mata matik dan sains dalam bahasa inggris pergi ke sekolah 2 luar bandar jumpa guru2 yang mengajar subjek tersebut dan buat kaji selidik terlebih dulu apakah segala kelengkapan peralatan mengajar itu lengkap sampai ke sekolah.atupun yang ini ada yang itu tak sampai .lepas tu tanya apa permasaalahan yang timbul.adakah geru2 yang mengajar subjek tersebut benar2dapat menguasai b.inggris sepenuhnya.atau sebaliknya.lepas tu baru buat comen.jangan hanya mempertahankan pati politik semata2.kita sama kita bertelagah keroni kaya raya.anak2 keciciran.yng rugi bangsamelayu.

  19. pt-91 said,

    krjn sebenarnya tak jujur atau tak jujur pun bercelaru…
    kenapa dalam kertas soalan upsr pmr spm masih lagi ada soalan dwi bahasa
    kalau betul nak laksana PPSMI tak sepatutnya hal ini berlaku..
    betul2 merugikan wang negara….
    yang untung kroni yg buat kertas soalan tu jugak lah
    kerja sia-sia selain membazirkan sumber2 alam sekitar

    skg bukan soalnya lagi samada b. mealyu boleh tak boleh menjadi alat keamjuan dan pembangunan
    ini adalah negara melaysia dan terasnya ialah melayu…
    bahasa itu melambangkan bangsa…
    hilang bahasa kaburlah bangsa
    ibaratkanlah sekor burung yg tiba2 bersuara bagaikan bunyi kucing..
    tidakkah kita semua berasa pelik dan hairan.

  20. komunis said,

    Kesimpulannya PPSMI ialah;

    -baik untuk segelintir pihak & buruk bagi selebihnya.
    -untung bagi satu pihak & rugi bagi pihak yang satu lagi.
    -kejayaan di pihak sana & kegagalan di pihak sini.

    Apa lagi??
    Tiada. Itu saja.
    Hitam Putih.
    Siang Malam.
    Perempuan Lelaki.
    Positif Negatif.
    Pro Kontra.
    TITIK

  21. hotakla said,

    kalu dah xsempurna kelengkapan
    bagi sempurnakan aje la… buat penambaihbaikan, bukan buat demo mcm kambing keluar kandang ngembekkkkk je

    tokoh sastar jadi tokoh “susahtera”

    sri jal
    entahlah…. xnampak pun tokoh sebagi felo, tapi kalu milo o yea gak

  22. komunis said,

    Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?

    Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.

    Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

    Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

    Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi…malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

    -ciplak-

  23. marni said,

    Kepada mereka yang menyokong PPSMI,

    Sila berikan bukti dan dalil yang menunjukkan BM gagal sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik.

    Itu sahaja. Terima kasih.

  24. pemerhati said,

    aduu korang apa gaduh gaduh…aku belajar sains matematik behasa melayu …masuk local u ..amik engineering ..suma bahasa inggeris..lucterer pun import ..luar …first year merangkak nak paham …tu kamiran tu..apa tah dlm bahasa inggeris
    tetiba dari yeild stress tu tekanan ricih …yeild strain…aduuu…dah tu keje pun engineering firm (international company )….bukan nak cakap … takat cakap tau sikit2 ..susah nak maju..

    tu menyalak jer suma ..sendiri rasa lah…baru tau…
    bagi aku senang jer …..implement dua dua…pastu kamus alih bahasa musti power ..baru senang…lagi pun utk subjek sains n matematik jer…bukan sejarah .. tak perlu buat karangan macam subjek sastera..
    nanti final year buat thesis pun dlm inggeris(UM)…rilekss..jgn emosi ..
    takat sains n matematik ,,tak ilang identity org bahsa melayu..cuma kerajaan kena usulkan juga term term teknikal tu mesti didwibahasakan … kalu nak maju lah…so ilmu dlm bahasa inggeris pun dapat … bahasa melayu pun juga berkembang

    p/s- tak yah lah sampai buat demonstrasi..buek malu kaum yoooo

  25. antimainbontot said,

    PEMERHATI & KOMUNIS..

    PANDANGAN ANDA MEMANG BAGUS DAN BRILIANT COZ ALL OF US GOT A GOD-GIVEN POTENTIAL.. MUST THINK POSITIF!!!

    DEVELOP A CAPACITY TO GO BEYOND WHERE YOU ARE..

    TWO MEN LOOKED OUT THROUGH PRISON BARS, ONE SAW MUD THE ANOTHER SAW STARS…

    IF YOU ARE LOOKING AT THE SUN, U WILL SELDOM SEE THE SHADOWS…

    SAY ‘YES’ TO LIFE, AND THE WORLD AROUND U! AND YOU’LL BE ASTONISHED AT THE CHANGES YOU WILL SEE..

    EVRY MAN HAS A TRAIN OF THOUGHT ON WHICH HE RIDES WHEN HE IS ALONE. THE DIGNITY N NOBILITY OF HIS LIFE, AS WELL AS HIS HAPINESS, DEPEND UPON THE DIRECTION IN WHICH THE TRAIN IS GOING, THE LUGGAGE IT CARRIES N THE SCENERY THROUGH IT TRAVELS. MAKE SURE YOU GET YOUR MIND ON THE RIGHT RAILS..

    HAPPY LEANING…

  26. komunis said,

    Betul ke Ketua Perusuh ni Bekas Felo Kanan ISIS??
    Siapa di ni sebenarnya?

  27. patah sayap said,

    Saya mempunyai 3 org anak yg masih bersekolah rendah.Kelas ada 11,yg 1 & 2 di dalam kelas yg keenam.Kelas 1,2,3 kebanyakannya di penuhi oleh anak India.Kerana apa?Anak India fasih BI.Mereka dapat memahami dengan mudah.Semasa peperiksaan akhir tahun kalau cemerlang dalam subjek lain pun tapi gagal 1 subjek,akan diletakkan ke kelas belakang.Selalunya mereka gagal maths.Kenapa gagal?Tak faham soalan.Tiada dwibahasa.Anak ke 3 saya agak pandai maths,saya ajar di rumah dalam BM.Malangnya sewaktu exam dia lulus tapi dapat cukup-cukup makan sahaja.Masih tak nampak lagikah perbezaan antara anak India dan Melayu kerana PPSMI ini?Kalau dahulu hanya BI yg memisahkan kita dgn mereka,sekarang tambah 2 subjek lagi yg membuat mereka di hadapan.Ini bukan soal perkauman tetapi contoh terdekat yg saya paparkan.Saya sebagai ibu lebih mengetahui kenapa jadi begini.Orang yg membuat dasar ini tidak mengambilkira banyak faktor sebelum melaksanakannya kerana mereka dari golongan elit.Mereka tidak dekat kepada akar-umbi anak-anak Melayu keseluruhannya.Jadilah dasar yg pincang.Jangan menuduh yg menentang PPSMI ini jumud.Saya menyokong pembelajaran BI tetapi bukan dengan cara ini.Saya sendiri dalam aliran kebangsaan dan bersekolah di pekan kecil tetapi saya ambil external course dalam accounting yg mana diambil oleh beribu pelajar di seluruh dunia dan lulus ,padahal saya tidak belajar maths dalam BI pun.Jadi dimana rasionalnya PPSMI ini?

  28. penyokong pembangunan said,

    jgn dilayan orang tak nak pembangunan…biar la susah dulu..aku skang ni dah rasa camna susah bile tak reti bahasa english…keje ngan 100% company cina …aku memula susah nak sesuaikan diri nak cakap english..pasal apa..pasal takda force dalam idop utk belajar bahasa english….sebab dah senang sangat semua pakai melayu…orang kata tgk jepun pakai bahasa jepun je leh maju…wei bodo semua…korang tak tau yg jepun tu pun merangkak gak belajar english kutip teknologi barat tiru pastu implement kat negara depa…bodoh nak samakan dgn orang jepun…derang skang pun pentingkan bahasa english jugak utk rakyat derang..siap sekutu kuat negara yang guna bahasa english 100%(amerika)…terima la zaman sekarang memang zaman bahasa english yang menjadi bahasa dunia..bahasa teknologi..orang german ppun nak jual kete dia kat negara lain ada ke letak bahasa german kat product dia?..kalau bahasa dunia skang bahasa melayu…kita belajar la bahasa melayu..kalau bahasa arab…kita belajar la bahasa arab…berdosa besar ke atau masuk neraka ke belajar bahasa lain?..orang islam arab dulu pun belajar bahasa cina bile masuk china…buduh korang nie…

  29. [...] Perusuh Bahasa Kebangsaan Bahasa Ilmu 2 beberapa minggu yang [...]

  30. Cucu Panglima Gente said,

    Kah,kah,kah…………..
    Munkar Nangkir soal dalam bahasa ingelliiish,
    Munkar Nangkir soal dalam bahasa jerman,
    Munkar Nangkir soal dalam bahasa jepang,
    Munkar Nangkir soal dalam bahasa chine,
    Munkar Nangkir soal dalam bahasa ??????

    Errrrrr,…….kalau chine,jerman,melayu,jepun MENCARUT Rakib dan Atib faham ke ?

    Kah,kah,kah……………….
    Nah sekupang main jauh-jauh !
    Pegi basuh ANU tu dulu………..

  31. Führer said,

    penyokong pembangunan,
    kau tu yang bodoh.Aku pernah belajar dan masuk dalam kilang Jerman.Ilmu untuk mencipta kereta BMW semuanya ditulis dalam bahasa Jerman.Bila nak eksport ke negara Jepun,mereka akan menggunakan bahasa Jepun untuk manual,bila nak eksport ke Perancis,mereka tulis manual dalam bahasa Perancis,bila eksport ke negara dunia ketiga yg dijajah inggeris seperti malaysia,baru diorang tulis guna BI.Kau dok Malaysia je,apa yg kau tau?

    Jepun pun belajar BI,bukannya belahar sains dan ilmu hisab dlm BI.Kau faham BM ke tak ni?

  32. komunis said,

    kita sama-sama belajar. apa ilmu sekalipun kita perlu tahu. sedih bila bangsa aku bergaduh soal bahasa. cina india gelak besar tengok gelagat kita. salam…

  33. daun kering said,

    Masalahnya penguasaan BI.. maka perbaikilah cara pengajaran BI. Kenapa pelajar-pelajar yang ke luar negara boleh menguasai BI dalam masa 6 bulan melalui kursus intensif, sedangkan 12 tahun belajar BI di sekolah tak dapat menguasai BI? Masalahnya pada cara pengajaran matapelajaran BI.

    Yang jadi bangang pergi suruh belajar Matematik dan Sains dalam BI tu kenapa??

    Lain yang sakit lain pulak yang diubat.. BODOH betul.

  34. syaiful said,

    Assalamualaikum Wr. Wbr.

    Salam kenal dari Indonesia. baca-baca dulu ya. salam ukhuwah

  35. ANDA SEMUA DIJEMPUT MEMERIAHKAN WACANA ILMU : MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU. 19 April 2009 (Ahad) di KOLEJ DAR AL-HIKMAH. Sila layari http://web.hikmah.edu.my/content/view/86/179/

  36. ayamitik said,

    saudara felo

    sepatutnyer perjuangkan kajian semula sistem KBSR KBSM….
    pada saye itu masalah utama, kalau sekadar PPSMI tp sistem asal masalah itu tidak berubah, maka sisa sisa je melalak…

    menyelesaikan masalah, bukan daripada masalah yg terjadi, tertapi kepada punca masalah itu terjadi

    penentang PPSMI tak ubah “ibarat jari yg menambah kusut simpulan yg telah tersimpul mati”

  37. dasar pendidikan negara sentiasa berubah2 sekarang ppsmi. Akan datang semua tu lenyap, kerana sistem pepereksaan dah tak digunapakai sepenuhnya tetapi dasar kiraan mata merit ala univisiti pula diguna pakai disekolah2..Tahun depan sekolah rendah darjah satu jadi perintis .seterusnya 6tahun akan datang sampai ke sekolah2menengah.dari mata2merit tu pelajar dinilai untuk melanjutkan pelajaran ke ipt.jadi saya rasa takperlu kita perbahaskan dasar ppsmi tu.lagi.buat buang masa aja yang penting kita pastikan anak2 kita dapat menguasai b.inglish sepenuhnya ia itu membaca menulis serta bertutur dengan lancar sepertimana mereka dapat menguasai bahasa ibunda (bm).

  38. i'm singel said,

    cam ne erk nak wat karangan biar dpat A plus..skang nie susah r format die…ade sape2 x yang eh bantu saye…saye buntu sekarang nie..tertekan sangat2..pliezz eh…law ade yang nak bantu..leh r hntar kan kat e-mail sye..shakierakiera@ymail.com…sye menghrap bantuan awak sume

  39. alia suhaila said,

    awk semua doakan kami dalam spm………..semoga kami berjaya dalam bantuan kamu……………………………..amin…………………

  40. alia suhaila said,

    terima kasih…………………..

  41. KHai said,

    Sistem pembelajaran di negara kita lebih kepada sesiapa yang lulus cemerlang dalam peperiksaan, dia dianggap lebih berjaya daripada mereka yang lulus biasa2 sahaja. Adakalanya mereka yang lulus biasa2 ni lebih berjaya dalam hidup daripada mereka yang hanya tahu berbangga dengan keputusan markah peperiksaan tapi kena suruh buat kerja, tak dapat nak buat…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: