03.03.09
Bila Perut Menjadi Raja
Krisis Perlembagaan di Negeri Perak Darul Ridzuan kini nampaknya semakin kusut. Ianya terlalu kusut sehinggakan adanya usul supaya Speaker DUN dikenakan tindakan. Bagaimana pula jika satu masa nanti Speaker Parlimen Malaysia juga diusul untuk dikenakan tindakan.
Tindakan kebudak-budakan yang dibuat menunjukkan bahawa Barisan Nasional semakin celaru arah. Malah tindakan menutup Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri pada hari ini (3 Mac 2009) adalah seperti tindakan membuang tiang gol oleh Manchester United apabila mereka semakin hampir menuju kekalahan dalam Liga Inggeris ketika perlawanan dengan Liverpool.
Mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh FIFA, gol hanya dikira jika ianya disumbatkan kedalam gawang gol, namun jika gawang tidak kelihatan (dibuang) maka tidak akan dikira gol walaupun bola tersebut melewati kawasan sebenar gol sepatutnya berada.
Kemelut di Perak ini semua berpunca apabila Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bertindak tidak membenarkan pembubaran DUN bagi membolehkan rakyat Perak membuat pilihan mereka sendiri. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sebenarnya telah terkhilaf dalam mentafsirkan keperluan dan situasi sehinggakan baginda seakan diikat hidungnya oleh pihak-pihak tertentu.
Bagi para pembaca setia laman blog ini, anda pasti tentunya pernah membaca komentar saya mengenai siapakah dalang sebenar Kudeta di Negeri Perak Darul Ridzuan. Tidak lain tidak bukan semua rakyat Perak sedar bahawa Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sememangnya jauh hati bilamana Barisan Nasional kalah di Negeri Perak pada PRU12. Malah Mufti Perak telah disuruh untuk berbincang dengan Pakatan Rakyat (PAS) mengenai usaha untuk mengekalkan Barisan Nasional menguasai Perak dengan membuat kerajaan campuran UMNO dan PAS.
Tindakan berkepentingan peribadi (perniagaan dan hasil masyhul negeri) ini dapat dibaca oleh pimpinan Pakatan Rakyat yahg tetap bertegas bahawa mereka tidak akan membenarkan “perut menjadi raja” dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Akhirnya maka ujudlah Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Akan tetapi tindakan “Bila Perut Menjadi Raja” sememangnya menjadi darah daging sebilangan orang (di pihak istana mahupun dalam Barisan Nasional) sehinggakan mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa majoriti rakyat Perak telah menolak mereka, lalu mereka merancangkan satu KUDETA untuk merampas hak memerintah Perak.
“Bila Perut Menjadi Raja” maka semua tindakan tidak lagi bertunjangkan lunas undang-undang dan perlembagaan. Malah “bila perut menjadi raja”, pasukan keselamatan dan pentadbiran negeri (awam) pun akan diperkudakan demi memastikan kepentingan mereka. Rakyat dianggap sampah dan undang-undang pula dianggap hanyalah kertas kosong yang boleh ditulis kembali mengikut persepsi “perut”.
Telah terbukti sekarang ini didepan mata semua rakyat Perak “yang mana kaca, yang mana permata”. Bagi mana-mana rakyat Negeri Perak yang percaya undang-undang dan perlembagaan itu masih ujud dan relevan, ambillah tindakan untuk mengembalikan kuasa melantik pentadbir negeri kepada rakyat melalui pilihanraya. Jangan biarkan kumpulan manusia yang bertunjangkan “bila perut menjadi raja” melacurkan undang-undang dan perlembagaan untuk kepentingan mereka sendiri waima sekalipun yang melakukan itu seorang Raja atau Sultan.
Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

Daun kering said,
3 March, 2009 at 1:46 am
apa punya penakut dan bacul pimpinan kerajaan haram BN.
Tindakan mengunci DUN adalah suatu penghinaan terhadap demokrasi. Ia sama seperti tindakan menutup Mahkamah Agung dalam kes Tun Salleh Abbas
msmuri said,
3 March, 2009 at 4:24 am
Salam KP…
Apabila keduniaan mengatasi segalanya, maka inilah yang terjadi. Menghalalkan apa jua demi kepentingan nafsu serakah mereka. Apa yang penting ialah bermunajat kepada yang maha Esa dan disusuli dengan usaha, Insya Allah pasti akan diberkati. amin..
pt-91 said,
4 March, 2009 at 12:53 am
adalah disaran agar Umno beli saja negeri perak ni
semua cukai hasil mahsul negeri, korang aje yg pegang nak bagi persekutuan ke tak nak bagi ke korang punya pasal…
dengan ini barulah mereka boleh rasa puas hati dan boleh memerintah diri mereka sendiri
tak perlu nak berkongsi ngan orang lain…
memang sikap sesetengah oang perak yg kebudak-budakan…
BN – Budak Negara
UMNO – Union of Money and NepOtisme
SPR – Sikap PRejudis
glm said,
4 March, 2009 at 3:52 am
bn gila kuasa bagi rakyat perak yang menentukanya
pt-91 said,
7 March, 2009 at 4:53 pm
adalah disaran kpd PR di perak lebih menumnpu kpd p’raya kecil bkt gantang…
tengok macam tak meriah aje…
mungkin patut dilupakan dulu pasal 3 usul yg dibuat dibawah pokok tu..
antimainbontot said,
9 March, 2009 at 11:35 am
Cakap memang pandai, tapi tak buat apapun. Cari salah orang, kutuk orang, cerca orang, hina orang, tekan orang, semua yang negatif dibuatnya dan mengatakan untuk memartabatkan suara rakyat, kerajaan rakyat, hak rakyat, merakyatkan ekonomi, sampai pidatopun rakyat dan bermacam-macam rakyat lagi. Dengan motif mengeliru dan membeli hati rakyat, tak lebih dari itu.
Cakap apa pun sekarang semua BN salah, buruk, keji, hina, haram dan yg buruk2 lagi… itulah kalau dah kufur nikmat dan reti nak bersyukur. Cakap memang pandai, habuk pun takde. sayapun rakyat juga dan dah tau yang mana baik dan yang mana pandai cakap je!!!.
Carilah rezki yang halal wahai ketua perusuh, anak dan bini di rumah mengharapkan ketua perusuh buatlah kerja yang lebih bermanfaat daripada menambah dan menghimpun dosa pada perkara yang ketua perusuh sendiri tak pasti sebenarnya… jgn menghasut orang kepada lembah kehinaan… sama-samalah bertaubat!!