03.12.08
Ingatan Buat Media Prima!
Tuan Pengerusi
Media Prima Berhad
PER: INGATAN BUAT MEDIA PRIMA.
Saya (Ketua Perusuh) ingin mengambil kesempatan ini menyeru pihak Media Prima Berhad (dan rangkaian-rangkaian sekutunya) supaya berhati-hati menyediakan laporan (terutamanya berita). Laporan-laporan yang berat sebelah dan tidak telus serta laporan yang menjurus kepada ketegangan kaum amatlah tidak diperlukan di Malaysia selama-lamanya. Ini kerana ianya boleh menyebabkan ketegangan kaum di Malaysia yang selama ini aman tenteram.
2. Jika Media Prima masih terus lagi mengeluarkan laporan yang menjuruskan kepada ketegangan kaum, saya dengan ini ingin menegaskan bahawa beberapa tindakan yang akan disebutkan dibawah ini mungkin/akan berlaku kepada Media Prima;
a) Pemulauan besar-besaran semua penerbitan Media Prima (cetak atau elektronik) dan sekutunya.
b) Saham milik Kumpulan Media Prima dan sekutunya akan diniagakan diparas yang terendah dalam sejarah Malaysia (mungkin akan digantung).
3. Jika Media Prima dan sekutunya bertindak balas dengan menyiarkan lebih banyak laporan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum terutamanya membabitkan orang-orang Melayu dan Cina, maka tindakan yang lebih aggresif seperti yang akan disebutkan dibawah ini mungkin/akan berlaku kepada Media Prima dan sekutunya;
a) Sekatan akan dilakukan kepada semua jalinan pengedaran bahan bercetak terbitan Media Prima dan sekutunya.
b) Bahan bercetak terbitan Media Prima dan sekutunya akan dirampas dan dibakar dikhalayak ramai.
4. Oleh yang demikian saya ingin menasihatkan agar pihak pengurusan Media Prima dan sekutunya mengambil tindakan proaktif dalam membuat laporan yang tidak berbaur perkauman (semata-mata untuk kelangsungan “survival” Barisan Nasional dan UMNO). Jadikanlah syarikat anda sebuat syarikat yang bermaruah dan menggunapakai etika kewartawanan yang sejati. Jangan cabar Bangsa Malaysia sehingga mengambil tindakan yang drastik terhadap Media Prima. Sila ambil perhatian bahawa ini bukanlah satu ugutan mahupun hasutan dan sewajarnya warkah terbuka ini tidak diletakkan dibawah Akta Hasutan ataupun Kanun Keseksaan.
5. Saya dengan merendah diri ingin menasihatkan pengurusan Media Prima agar mengambil berat akan ingatan yang saya berikan ini kerana tindakan saya (kami) mungkin boleh menyebabkan Media Prima dan sekutunya pupus dari dunia perniagaan.
Sekian,
Berkhidmat Untuk Bangsa Malaysia dan Negara
Ketua Perusuh
Bekas Fellow Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa (ISIS)
