03.11.08
PRU12 Satu Silapmata?
Pertama sekali saya ingin menegaskan kepada semua bahawa saya masih bersetia dengan Barisan Rakyat. Namun maklumat terkini yang saya dapat ini amat merunsingkan saya. Maklumat ini disampaikan kepada saya melalui satu penghantaran data “enkripsi”.
Kemenangan Barisan Rakyat (BR) menguasai 5 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan adalah disebabkan oleh satu “Master Plan” yang telah dirancang terlebih dahulu oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Malah boleh dikatakan “Master Plan” ini disediakan semata-mana untuk melengkapkan satu rangkaian selamat dan kukuh serta terjamin untuk pihak-pihak tertentu.
Dengan sengaja memberikan kemenangan kepada BR dan tersungkurnya beberapa nama-nama besar (yang boleh dikorbankan) membolehkan beberapa muka-muka baru yang diketengahkan sebagai bersih dalam Barisan Nasional (BN). Mengikut maklumat yang diterima, usaha ini dijalankan sebagai “konon-kononnya” BN terkena tempias perjuangan rakyat dan BN akhirnya sedar dan insaf akan kesilapan yang telah mereka buat.
Malah dengan “Master Plan” ini Abdullah Ahmad Badawi seterusnya berlakon menunjukkan yang beliau menerima pandangan rakyat dan membuat banyak perubahan untuk kepentingan rakyat. Namun ini semua dijangka adalah hanya satu lakonan yang memang dirancang. Dengan cara ini akhirnya Abdullah Ahmad Badawi dengan mudah akan menjatuhkan Barisan Rakyat dengan sekelip mata pada PRU13 dan mungkin akan menyebabkan Barisan Rakyat akan pupus.
Jika benarlah maklumat yang saya terima ini, saya amat berharap agar semua kepimpinan Barisan Rakyat berhati-hati dan bersedia dengan segala kemungkinan. Barisan Rakyat perlu menunjukkan contoh teladan dalam kepimpinan negeri kerana dengan cara ini sahajalah dapat menggagalkan “Master Plan” yang dirancang ini. Jangan leka dan jangan besar kepala.
