03.04.08
Betapa Takutnya Mereka!
Semenjak akhir-akhir ini Abdullah Ahmad Badawi tentunya tidak dapat tidur dengan lena. Sepanjang tempoh kempen Pilihanraya Umum ke-12 ini, nampaknya bukan sahaja Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat tidur lena, namun kata-katanya semakin hari semakin merapu. Malah boleh dikatakan Abdullah Ahmad Badawi kini seperti cacing kepanasan.
Mana tidaknya, semua kata-kata yang terhambur dari mulut beliau penuh dengan cerita yang merapu, tidak tentu hala, penuh dengan kata-kata bodoh dan menunjukkan bahawa mentaliti dan sikap Abdullah Ahmad Badawi itu sebenarnya tidaklah semulia, sebersih mahupun sebijak mana.
Yang pastinya dimana-mana Abdullah Ahmad Badawi pergi (merasmikan macam-macam benda), kita boleh lihat perangai dungu dan akal pendek yang beliau tunjukkan. Bukan sahaja Abdullah Ahmad Badawi yang terkena penyakit bengap, bangang dan dungu ini, namun ianya berjangkit pula kepada hampir keseluruhan jentera, ahli dan penyokong Barisan Nasional.
Kita boleh ambil beberapa contoh yang senang untuk anda fahami.
1. Ucapan Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak biasanya tidak bersandarkan kepada fakta yang tepat. Sebagai contoh beliau mengatakah bahawa keperluan menaikkan harga petrol adalah berdasarkan harga minyak mentah dipasaran dunia. Semua sedia maklum bahawa jika harga minyak adalah tinggi, maka matawang dolar US akan jatuh mendadak. Ini sekaligus akan memberikan matawang RM lebih tinggi berbanding dengan dolar US. Oleh itu walaupun harga minyak mentah melambung tinggi dipasaran, namun matawang kita yang kukuh berbanding dolar US menjadikan ianya setara dan tidak akan ada peningkatan dari segi harga minyak. Jika logik ini pun Abdullah Ahmad Badawi dan penyokong Barisan Nasional tidak faham, bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa mereka pandai mengurus ekonomi.
2. Semua orang sedia maklum bahawa pengundi golongan muda yang “berakal” biasanya akan mengundi mana-mana Parti dalam Barisan Alternatif. Golongan muda yang “berakal” ini biasanya amat besar bilangannya berbanding dengan pengundi golongan muda yang “bangang”. Abdullah Ahmad Badawi dan semua penyokong Barisan Nasional cukup takut akan pengundi muda yang “berakal” ini dan nampaknya setiap hari Abdullah Ahmad Badawi dan penyokong Barisan Nasional mengeluarkan amaran dan ugutan kepada golongan pengundi muda yang “berakal” ini.
3. Penggunaan jabatan kerajaan, premis kerajaan dan kakitangan awam sepatutnya tidak boleh digunakan untuk kepentingan parti politik. Ini bertepatan dengan peraturan pilihanraya yang menyatakan kesalahan menggunakan semua perkara ini. Namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) nampaknya menggunapakai idea bekas MP Jasin dengan melakukan perbuatan menutup sebelah mata (one eye close) bilamana Barisan Nasional menyalahgunakan semua ini. Malah SPR juga dipergunakan oleh Barisan Nasional.
4. Saya rasa saya tidak perlu ulang lagi isu Setem Duti Hasil dan isu Tandatangan pada borang pencalonan. Cukuplah pihak lain yang mengulasnya. Begitu juga dengan isu penggunaan dakwat hitam pada kuku para pengundi yang nampaknya tidak akan berlaku kerana takutnya mereka (Barisan Nasional) hilang beberapa pengundi hantu (pengundi syaitan) yang tidak akan dapat melaksanakan tugas dengan baik.
Berapa takutnya mereka (Barisan Nasional) sehinggakan sanggup membuat perkara bodoh, mengeluarkan arahan bodoh dan memberikan bantuan serta sumbangan untuk membodohkan para pengundi supaya dapat mereka (Barisan Nasional) mengekalkan kuasa.
Kepada semua pengundi yang “berakal”, biarkanlah Barisan Nasional membodohkan diri mereka sendiri. Janganlah anda terpengaruh dengan janji-janji bangang mereka (Barisan Nasional) yang selama 50 tahun berjaya membangangkan sebilangan besar warga Malaysia. Biarkanlah mereka takut dengan bayang-bayang hantu yang mereka cetuskan. Ingatlah jika anda semua mengundi dengan bijaksana maka semua perkara bangang yang dicetuskan oleh Barisan Nasional akan menjadi keris yang akan menikam mereka kembali.
Oleh itu… kepada semua pengundi, JANGAN JADI BANGANG.
