25 March, 2007

Gaji Polis?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:06 am by Ketua Perusuh

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sudah semestinya mempunyai saudara-mana yang berkhidmat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sama ada yang berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mahupun Jabatan Penjara. Banyak sekali terdengar rungutan daripada mereka mengenai skim gaji yang diterima.

Kita semua sedia maklum akan gaji anggota Polis agak kecil berbanding dengan anggota perkhidmatan awam yang lain. Memang telah lama skim gaji anggota Polis tidak dikemaskinikan. Kini setelah perkhidmatan Polis menyambut ulangtahun ke 200, maka sewajarnya pihak Kerajaan Malaysia dibawah Jabatan Pekhidmatan Awan mengkaji dan mengubahsuai skim gaji anggota Polis sejajar dengan situasi masa kini.

Cuba anda bayangkan, anggota Polis berpangkat Konstabel cuma mendapat gaji pokok dalam sekitar RM600++ sebulan. Dengan gaji sebanyak itu dan dikira dengan elaun tambahan yang mereka dapati, paling banyak mereka akan dapat pada sekitar RM1200++. Cuba bayangkan jika mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak seramai 4 orang, bagaimana mereka boleh menyara kehidupan mereka dan persekolahan anak-anak mereka.

Tambah pula jika mereka berkhidmat di Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Petaling Jaya atau Shah Alam. Tentunya kos sara hidup mereka adalah tinggi. Malah terdapat juga ramai anggota Polis ini yang terpaksa menyewa rumah kerana tidak cukup tempat yang disediakan oleh kuarters Polis. Tentunya mereka juga perlu membeli kenderaan seperti kereta (untuk memudahkan pergerakan) yang mengakibatkan mereka membayar ansuran bulanan paling rendah RM200++.

Jadi dimana rasionalnya gaji mereka ini. Untuk pengetahuan anda semua, untuk mendapatkan maklumat tambahan dari “informer” bagi menyelesaikan kes-kes yang disiasat, biasanya anggota polis ini perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membayar “informer”. Dan biasanya ianya tidak boleh dibuat tuntutan atau “claim” dari pihak pengurusan. Wang ini terpaksa dikeluarkan dari poket mereka sendiri kerana jika tidak kes yang disiasat akan mengambil masa yang lama untuk mendapat maklumat.

Ini menyebabkan ada dikalangan anggota Polis yang terpaksa mengambil rasuah (tumbuk rusuk ) semata-mata untuk menampung kos yang semakin meningkat. Kita tidak boleh salahkan mereka-mereka ini yang terpaksa mengambil tindakan singkat ini. Namun ini tidak bermakna kita menggalakkan mereka mengambil rasuah atau “pow” orang dengan kuasa yang mereka ada. Ada juga anggota Polis yang sengaja mengambil rasuah walaupun tidak dihimpit dengan kemelut kewangan.

Jadi sewajarnya pihak Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam memperbaiki skim gaji anggota Polis agar ianya sejajar dengan keperluan semasa dan akan mengurangkan risiko anggota Polis mengambil rasuah. Jadi saya amat bersetuju jika skim gaji anggota berpangkat rendah dalam PDRM dinaikkan pada kadar 20% demi memperbaiki mutu perkhidmatan mereka. Pihak Kementerian Dalam Negeri juga perlulah memperbanyakkan kuarters penginapan bagi anggota berpangkat rendah dikawasan bandar terutamanya di Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam.

Akhir kata “Selamat Menyambut Ulangtahun ke 200 Perkhimatan Polis Malaysia”

1 Comment »

  1. Simpati kepada Polis said,

    Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara Perusuh di atas, berhubung dengan skill gaji polis sekarang. Dizaman yang semakin mencabar ini seharusnya pihak atasan perlu membuka mata dalam segala hal terutama sekali kepada anggota yang berpangkat rendah, dengan pendapatan yang tidak munasabah dan nyawa sebagai pertaruhan demi mempertahankan keselamatan dan ketenteraman dalam negara kita Malaysia. Sesungguhnya banyak perkara yang pelik tapi benar berlaku dalam pasukan polis dimana tidak semua orang tahu. Jika dilihat dimerata-rata tempat peranan penugasannya adalah terdiri dari anggota pangkat rendah yang terdedah dengan pelbagai risikonya berbanding dengan pegawai kanan polis yang jauh perbezaan gajinya maupun apa sahaja elaun yang diperolehi. Anggota berpangkat rendah polis juga membelanjakan matawang yang sama, harga barang dijual tidak mengenal pangkat & kedudukan, mahal atau murah jika benda itu diperlukan terpaksa membelinya juga, sebagai contoh sekilo daging harga RM 19.00, jika anggota pangkat rendah membelinya pun harganya tetap sama, jika dibeli 1/2 kilo sudah tentu tidak mencukupi untuk sekeluarga terutama yang mempunyai 4 @ 5 orang anak. Oleh itu pohon dipandang serius dalam hal ini, tanpa mereka yang menjaga keselamatan negara kita siang & malam, siapalah kita yang dapat hidup selesa hingga kesaat ini. Walau bagaimana pun setinggi tinggi ucapan terima kasih & syabas diberikan kepada Tan Sri Rahim Nor & Tan Sri Musa Dato’ Haji Hassan ( IDOLA & BAPA POLIS ) kerana sentiasa memperjuangkan nasib pegawai & anggota polis, tidak seperti Hanif Omar yang yang tidak pernah menjaga kebajikan peg. & anggota bawahan semasa perkhidmatannya menjadi ketua polis negara. Penderitaan & kesengsaraan anggota bawahan tidak pernah dipedulikan, malah sumbangannya kepada peg. & anggota bawahan adalah tekanan, bebanan tugas & tekanan perasaan. Dendam beliau tidak pernah berakhir kerana masih lagi mengkritik PDRM. Beliau juga merupakan ahli kepada Suruhanjaya baik pulih pasukan polis, disinilah beliau masih lagi mengambil kesempatan untuk melepaskan dendamnya kepada POLIS.

    Jesteru itu dalam hal imbuhan dan skill gaji PDRM seharusnya diubah tidak perlu lagi ada perkataan “PERLU DIKAJI”.

    Semoga pendapat saya dipandang serius oleh pihak yang berkenaan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: